Jom Tetapkan Matlamat 2010

Di waktu-waktu akhir tahun begini saya pasti tentu kebanyakkan orang akan memperkatakan azam tahum baru. Azam tahun ini macam pula? Dah capai ke semuanya? Ataupun hanya sebahagian sahaja? Ataupun anda memang tak ada pun menetapkan apa-apa azam sejak awal tahun ini lagi..huh :P

Harapan saya ialah, janganlah anda tergolong dalam golongan yang terakhir tu, yang tak ada apa-apa azam. Kita mesti ada azam, at least yang paling ‘koman’ pun letakkanlah azam untuk kita menjadi lebih baik dari tahun lepas. Mungkin kita boleh jadi seorang bapa atau ibu yang lebih penyanyang dan boleh spend lebih masa bersama family. Ataupun mungkin juga kita boleh letakkan azam untuk menjadi pekerja yang lebih efisyen dalam menyiapkan segala tugasan dan mengurangkan stress sambil enjoy bekerja.

Manakala jika anda seorang ahli perniagaan, bekerja sendiri, anda boleh letakkan matlamat untuk nak serve dan mengembangkan lagi perniagaan anda supaya lebih ramai lagi orang di luar sana yang boleh mendapat manfaat hasil menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

Ok, tujuan post saya pada kali ini ialah untuk berkongsi bersama para pembaca blog perniagaandigital.com berkenaan bagaimana kita hendak menetapkan matlamat dan azam kita.

Dalam menetapkan sesuatu matlamat atau goal, kita boleh menggunakan konsep S.M.A.R.T. Berikut adalah maksud bagi acronym S.M.A.R.T. itu.

S – Specific
M – Measurable
A – Attainable
R – Realistic
T – Timely

S – Specific
Ciri-ciri pertama yang harus ada pada azam atau matlamat anda ialah ia mestilah spesifik. Untuk menguatkan lagi azam anda, anda tidak boleh biarkan ia terlampau umum. Sebagai contoh ‘Saya nak duit yang lebih banyak tahun depan’. Azam ini terlampau umum dan tidak spesifik. Anda harus tetapkan azam yang spesifik seperti ‘aku nak tambah wang simpanan di ASB atau tabungan peribadi sebanyak RM10 000 untuk tahun akan datang ni’. Atau contoh lain nak jana pendapatan tambahan sebanyak RM5000 melalui internet secara sampingan.

M – Measureable
Matlamat kita seharusnya boleh diukur dari segi progress untuk kita mencapainya. Ini bagi memastikan kita tahu progress dalam kita mencapai matlamat kita. Tetapkan langkah-langkah kecil dalam mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, kalau anda nak habiskan membaca sebuah buku dalam masa tiga bulan, dalam masa setahun nak habiskan baca 4 buah buku berkaitan bidang anda.

A – Attainable
Matlamat yang ingin anda tetapkan haruslah boleh dicapai mengikut keadaan dan situasi semasa anda. Kalau anda seorang yang baru sahaja melibatkan diri dalam perniagaan internet, mungkin baru sebulan dua dan menghabiskan baca beberapa ebook panduan buat duit di internet, tak boleh lah anda nak tetapkan dapat income riban-riban sebulan dari internet. Bagi saya ia agak mustahil.

R – Realistic
Azam anda perlulah realistik dan tidak mustahil untuk anda mencapainya. Jadikan matlamat anda sesuatu yang tidak mustahil untuk anda capai. Faktor-faktor yang harus anda ambil kira dalam menetapkan azam yang realistik adalah ia berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang anda adakah ia mencukupi atau tidak serta kemahiran yang boleh anda aplikasikan dalam usaha mencapai azam tersebut.

T- Timely
Timely atau mempunyai jangka masa atau tempoh tertentu untuk anda mencapai azam tersebut. Dalam kes kita ni setahun la kan. Tu pun jika matlamat anda itu boleh dicapai dalam jangka masa setahun. Anda mesti menetapkan jangka masa yang boleh anda target untuk mencapai azam anda itu. Jika anda tak letakkan apa-apa dateline, diri anda akan menjadi kurang bermotivasi serta sukar untuk mengekalkan tahap motivasi dalam mencapai matlamat tersebut.

Semoga dengan perkongsian saya ini dapat memberi serba-sedikit kepada anda dalam menetapkan azam tahun baru.

Di kesempatan ini juga, saya Khairul Hazwan dari perniagaandigital.com ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan harapan saya, tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang, sejahtera dan ‘masyuk’ buat anda!

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. Zack says:

    Btol3x…
    Mari sama2 tentukan matlamat kita di tahun baru nanti…K…Selamat Tahun Baru…2010.

    • admin says:

      Yeah..betul kata Zack, at least boleh tetapkan matlamat utk jadi lebih baik dari tahun lepas.

  2. fitrina says:

    Good articles…ya sama-samalah kita menetapkan azam utk tahun 2010. Boleh ikut tips yg diberikan itu. Terima kasih di atas perkongsian ini.

    • admin says:

      Thanks Fitrina, hopefully Fitrina akan mencapai matlamat yang ditetapkan untuk 2010 ni.

      Dan semoga tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih berjaya buat anda.

  3. ShahrulFahmy says:

    Salam,

    Cayalah Wan, artikel yg menarik… Rupanya SMART tu ada makna tersendiri.. :D Semoga dgn kehadiran 2010 akan memeriahkan industri IM Malaysia & kita dpt buat RM byk2 dr 2009

    • admin says:

      Yeah..yg penting kasi masyuk lagi..usaha dgn lebih gigih utk tahun depan.

      ps : Wah, Bro Shahrul dah jadi otai baru affiliate la sy tgk. Mantop bro.

  4. siti jamilah says:

    thn 2010 nak kerja lebih rajin lagi. nak cari duit lebih.nak cari ramai member

    • admin says:

      Bagus, satu azam yang patut yg lain pun mesti contohi.

      Sy suka yg azam cari lebih ramai rakan tu. Cari rakan, jalinkan hubungan. Relationship tu adalah aset terbesar utk setiap usahawan.

  5. Wan says:

    Saya setuju dengan Khairul. Matlamat mesti “SMART”.

    Selain dari itu matlamat perlu disokong dengan azam. Tanpa azam kita tidak akan punyai kekuatan untuk mencapai matlamat. Azam tanpa matlamat juga tidak akan ke mana kerana kita kurang jelas tempat yang hendak dituju.

    Selamat Tahun Baru dan Selamat Maju Jaya kepada semua.

    • admin says:

      Betul Wan, bila kita dah ada matlamat yg jelas, barulah senang kita nak plan apa-apa kerja yg patut kita buat.

      Selamat Tahun baru juga buat Wan.

  6. hasbulaqill says:

    fuh.tahun baru ni kena all out tenaga :D
    tahun lepas paling hebat sekali dalam hidup
    berjaya drop out universiti and being serious internet marketer
    success untuk 2010 untuk wan ;)

    • admin says:

      Woo..bia betul, sampai quit studies ke..Anyway, I’ll hope the best for you. Good Luck utk Aqill pada 2010 ni juga.

  7. ummi Hanie says:

    salam ziarah..

    hmm..ni mcm s.m.a.r.t kat tv tu kan ? cara2 menabung..hmm..pandai awk olah balik..bagus2 :)

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes