Langkah Pertama Mencapai Impian Anda

Pada post kali ni saya akan berkongsi berkaitan motivasi diri. Since sudah agak lama juga saya tidak post kan untuk bahagian ini. Ianya ialah langkah pertama ke arah mencapai dan menjadikan apa jua impian dan cita-cita menjadi realiti.

Apakah langkah tersebut? Langkahnya ialah membuat muhasabah diri anda dan berfikiran realistik terhadap keadaan diri anda sendiri, untuk masa sekarang. Bukan pada masa lalu mahupun di masa hadapan. Pada masa sekarang.

Anda harus benar-benar memahami diri anda sendiri. Sebagai contoh, jika anda dah tahu yang anda tak boleh berlari tanpa henti selama 5 minit bagaikan olahragawan, anda tak boleh nak bermimpi untuk memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik. Mungkin boleh jika anda berlatih, tapi saya tanya pada diri anda balik, dalam keadaan anda sekarang ni, bolehkah anda mencapai impian tersebut?

Pendek kata, kita perlu berfikiran realistik. Senang cerita berpijak di bumi yang nyata. Ukur baju di badan sendiri.

Di sinilah langkah penting sebagai permulaan ke arah mencapai impian anda. Anda mesti mengetahui dan memahami kekuatan dan kebolehan sedia ada anda sekarang. Langkah ini amat penting untuk anda yakin dan percaya pada diri sendiri demi mencapai matlamat anda.

Jika anda lihat dalam kehidupan di sekeliling kita sudah ramai yang telah mencapai kejayaan-kejayaan besar. Ada sesetengah orang yang pakar dalam bermain gitar dan menyanyi, ada sesetegah mereka yang bijak dalam bidang accounting, ada juga yang pandai dan terer melukis dan sebagainya.

Mungkin anda pernah terfikir atau terdetik dalam hati anda bahawa alangkah baiknya anda boleh menjadi seperti mereka. Ini merupakan lumrah bagi kita manusia. Sentiasa inginkan apa yang kita tak ada. Tapi, sedarkah anda bahawa dengan asyik berterusan berfikiran seperti itu ianya akan membantutkan usaha untuk kita percaya pada diri sendiri.

Kunci utama di sini yang apa anda harus terapkan dalam diri anda ialah mengetahui apakah kemampuan dan kebolehan sebenar diri kita sendiri. Tak perlu kita nak terikut-ikut dengan orang lain. Kita fokuskan diri kita sendiri.

Ambil beberapa minit untuk fikirkan mengenai perkara berikut :-

  • Apakah kekuatan sedia ada anda
  • Fikirkan apakah kebolehan anda

Anda tak semestinya menjadi pakar dalam perkara-perkara tersebut. Cukup dan sudah memadai jika anda telah pun mempunyai serba-sedikit ilmu berkenaan perkara (kekuatan dan kebolehan anda itu). Kemudian ambil sekeping kertas atau nak tulis dalam Notepad di skrin komputer anda pun boleh juga dan tulis poin-poin berikut mengikut urutan :-

  1. 3 perkara pertama adalah perkara yang hebat atau bagus anda lakukan
  2. 3 perkara kedua adalah perkara yang sederhana tahap kebolehan untuk anda lakukan
  3. 3 perkara terakhir adalah perkara-perkara atau aktiviti yang anda agak susah dan sukar sikit
    untuk dilakukan tetapi ianya boleh dipertingkatkan jika anda belajar dan terus memperbaiki ke arah yang lebih baik.

Sekarang lihat senarai yang telah anda buat itu. Lihat dan baca ia sekerap yang boleh dan buat perhitungan diri anda sendiri. Inilah apa yang dikatan sebagai kekuatan dan kebolehan anda seperti yang telah saya sebutkan di awal post ini.

Ok, mungkin ada yang mengatakan, macam pula nak kenal apakah kekuatan dan kebolehan diri sendiri.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu tips untuk mengenali apakan kekuatan dan kebolehan sebenar kita. Jika anda sedang melakukan sesuatu aktiviti, perkara atau pekerjaan, anda akan berasa sangat seronok melakukannya. Rasa macam masa pantas berlalu. Anda tak sedar yang anda dah lakukan perkara tersebut berjam-jam lamanya. Anda langsung tak rasa tertekan, tension atau stress dalam menyiapkan perkara tersebut. Jika anda pernah alami perkara ini, itulah kekuatan dan kebolehan sebenar anda.

Untuk merealisasikan impian anda, adalah sangat penting untuk anda mengenali apakah kekuatan anda, fokuskan untuk melakukan perkara tersebut dan cuba untuk mempertingkatkan dan memperbaikinya agar ia boleh mencapai ketahap yang lebih baik.

Jika ingin mencapai sesuatu impian itu, adalah amat penting untuk anda betul-betul yakin dengan diri anda yang anda boleh lakukannya dan bukan hanya sekadar hidup dalam angan-angan dan mimpi.

Hargai diri anda yang sedia ada. Bila anda sudah mengenali diri anda sendiri, apakah kekurangan dan kelebihan anda, anda akan lebih yakin untuk terus mencapai impian sebenar anda.

Fokuskan kekuatan diri sendiri dan tak perlu nak membanding-bandingkan sangat degan orang lain atau orang yang jauh lebih hebat daripada anda.

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. “kita akan berjaya dengan apa yang kita usahakan”

    Itulah yang saya pegang slama ni

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes