
Salam Sejahtera sahabat digital saya,
Kali ni saya rasa nak buat post dalam bentuk video untuk anda. Saje2 nak try buat post dalam bentuk video pulak. Kira post pertama dalam bentuk video la ni..wow..pertama dalam sejarah untuk blog saya yang tak seberapa ni untuk post kan blog post dalam bentuk video..hoho.
Buat masa ni saya hanya mempu untuk embed kan video dari Youtube, tapi InsyaAllah, di masa hadapan saya akan buat video saya sendiri dan post kan kat blog ni..uhuh..so, anda kena lah sentiasa rajin-rajin kan diri untuk jenguk-jenguk blog saya ni ye..Memang saya ada perancangan saya nak rakamkan video saya sendiri dan berkongsi info-info berkaitan Internet Marketing (Pemasaran & Perniagaan Internet).
Ok, untuk post kali ni, kita akan mengikuti perbincangan berkenaan petua dan tips-tips untuk seronok bekerja bersama Dr. Fadzilah Kamsah. Saya memang suka dengar bila Dr. Fadzilah Kamsah ni bercakap. Saya biasanya memang motivasi akan naik terus lepas dengar nasihat dari beliau. Saya pun berharap anda pun akan turut bersemangat lepas menonton video ni.
Tak kisah lah samada anda bekerja makan gaji di tempat kerja ataupun bekerja sendiri menguruskan perniagaan anda, segala nasihat dalam video ni memang amat sesuai untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Video nombor dua best sikit, ada banyak tips dan petua yang Dr. Fadzilah kongsikan. Dengar betul-betul segala nasihat dalam video ni, dan aplikasikan dalam kehidupan kita terus.
Ok, tu berkenaan dengan motivasi. Perkara kedua yang saya ingin war-warkan ialah berkenaan dengan theme terbaru blog saya ni. So, amacam, anda suke ke tak? Mesti anda perasan kan ada perubahan compare theme blog saya yang sebelum ni. Saya amat-amat mengharapkan feedback dari anda berkenaan theme ni. Kalau suke ok lah, kalau tak suke mungkin saya boleh tukar theme yang lain. Sebab apa yang penting bagi saya ialah anda sebagai pembaca blog saya ni selesa dengan theme blog perniagaandigital.com ni.
Jom kita layan video dari DMFK ni yob….
Part 1 :
Part 2 :
ps : Mungkin anda ada tips-tips lain yang boleh dikongsikan dengan rakan-rakan pembaca blog perniagaandigital.com ni, boleh la share di bahagian komen di bawah kay. Selamat menonton….
pss : Satu lagi saya memerlukan feedback dari anda berkenaan theme terbaru blog saya ni..anda suke ke tak? Boleh komen juga ye..sy amat2 mengharapkan feedback dari anda. Kalau tak suke saya boleh tukar yang lain barangkali
19 Responses
Leave a Reply
saya selalu mengikuti blog awak… saya memang berazam nak jd biz yg berjaya. banyak mlm yg saya ceburi tp sikap saya yang malu dan berat mulut membuatkn biz saya xmaju… tolong bantu saya
Hai Yus, pertama sekali jutaan terima kasih sy ucapkan kpd Yus kerana sudi mengikuti blog sy ni. Tahniah juga sy ucapkan kpd Yus kerana mempunyai azam yg tinggi utk berjaya dlm perniagaan.
Sedikit pendapat daripada sy, dlm perniagaan, tak kira perniagaan apa pun walaupun MLM atau IM kita tak perlu malu.
Tanamkan niat dlm diri kita ingin membantu orang menyelesaikan masalah mereka melalui perniagaan kita. Sbb tu kita tak perlu malu.
Banyakkan membaca, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan. InsyaAllah lama-kelamaan rasa malu utk bercakap dgn orang akan hilang juga.
Teruskan usaha Yus dan jgn patah semangat.
waaah..bro dah tukau theme ler hehe.. kehijaun cerah mata.
hehe…baguih la kalau bro rasa mcm tu. Rasa pening2 boleh la mai sini nak cerah kan mata memandang..haha
Salam,
Very simple and elegant.Bagi saya ia satu theme yang menarik.Nak load pun cepat. Salah satu teknik SEO juga tu. hehe..
Saya pun sedang mencari theme kegemaran.Belum jumpa yang betul2 ikut citarasa.
Salam Saudari Nozi,
Thank u so much di atas komen saudari. Takpe, akan ketemu juga saudari dgn theme-theme yang memenuhi citarasa saudari.
Pada kebiasaannya nak theme yg lebih menarik saudari boleh belinya daripada designer blog theme.
Salam Khairul,
1. Theme baru yang menarik akan menaikkan imej blog ini.
2. Dr. Fazilah Kamsah seorang yang unik dan hebat. Duduk bersembang dgn beliau tak sedar masa berlalu begitu pantas.
3. Dalam IM, saya masih memikir bidang mana yang harus diceburi. Sekarang masa saya terlalu terhad kerana perlu menyiapkan banyak skrip. Insya-Allah dah settle sikit nanti, tentu saya akan mendapat firasat bidang mana yg baik untuk diceburi.
Salam Tuan Roslie,
Tuan nampaknya pernah bertemu dgn Dr. Fadzilah sendiri. Hebat gak tu, peluang yg sukar utk dapat.
InsyaAllah, semoga berjaya buat Tuan dlm lapangan yg diceburi sekarang dan dlm IM.
Salam Sdr Khairul
Saya suke hijau. Jadi bila bukak jer blog anda ni sy rasa tenang. Semoga ketenangan itu akan memudahkan saya dan pengunjung yg lain ‘menghadham’segala info yg bakal anda kongsikan nanti.
Itu saja dan teruskan perjuangan:)
Terima kasih buat DJ Senja juga kerana sudi bertandang ke blog sy ni.
Sy pun suke hijau gak, favourite color actually.
Semoga berjaya juga buat FuhyooFM. Sy amat kagum & bangga dgn FuhyooFM dalam usaha mengembangkan lagi industri IM tanahair.
Bro nak tau x? Sy dah lame usya theme elegant ni. time bro pakai yg kaler biru tu pon mmg nampak kemas je. Sy dah dapat payment yg wishlist tu, sy guna duit tu wat beli theme elegant huhu geram punye pasal.
Tahniah bro, sy dah tgk, bro pun dah beli theme dari ET tu..huhu..tu la, memang lawa kan design dia..memang berbaloi.
Wah, sy tgk konsep blog bro mmg unik. Bro fokus on review produk..mmg bagus usaha tu, nanti apa-apa org boleh gi blog bro sebelum beli sesuatu produk digital tu..
All the best bro.
Salam.
Saya baru je ceburi bidang IM ni & boleh dikatakan newbie la bidang ni. Buat blog pun tak pandai, tapi saya cuba gak. Blog saudara memang hebat & lengkap la. Lagi satu, blog saudara memang saya jadikan panduan untuk saya arif tentang blog dan perniagaan internet. Diharap saudara sudi tunjuk ajar sedikit sebanyak.
Salam RieySyam,
Tidak mengapa..yg penting Riey jgn sesekali putus semangat utk terus maju kehadapan.
InsyaAllah, sy akan cube sebanyak mungkin akan berkongsi apa yg sy tahu berkenaan IM.
Thanx bro. Tapi saya blom post lagi hasil review produk huhu.. x sempat nak siapkan. Ada la jugak yang suruh saya review post cepat2. Tapi bro paham2 la, kerja realiti x dapat nak tggl kan.
By the way, gudluck utk bro gak. Saya mmg berminat artikel marketing yg bro usahakan. Bila nak kluarkan artikel PLR? hehe..
Boleh tu bro..yg penting boleh manage time well.
Huhu..maksud bro sy nak keluarkan artikel PLR ke nak tulis artikel berkaitan PLR utk bacaan umum?
Maksud saya artikel BM PLR yang boleh diagih2kan melalui opt-in bro hehe.. supaya semua boleh guna hehehe.. alah saya cakap jela, sape la ek rajin nak buat camtu. banyak artikel PLR dlm BI je.
Saya masih baru dalam bidang ini.Saya dah bina 1 ebook – Rahsia Mahir Bahasa Inggeris. Sekarang saya tengah sibuk membuat promosi. tapi masih kabur dan lemah… boleh tak En. khairul memberi sedikit tips promosi kepada saya. terima kasih.
Tahniah buat saudari kerana sudah pun memilikki produk sendiri utk dijual di internet.
Beberapa pandangan sy, mungkin boleh serba-sedikit memberi kebaikkan buat laman jualan saudari tu :
1. Apa kata saudari tempah design yg lebih profesional dan lebih meletop daripada designer..takpe, keluarkan modal sikit.
2. Pasangkan sistem affiliate. Rekerut para ahli affilieter
3. Aktifkan diri di forum2 dan bina kredibiliti di sana.
4. Saudari boleh mula membina blog yang mempunyai content bermanfaat. Mungkin boleh masukkan content berkaitan beberapa tips nak mahir dalam BI ni, apa saja yg berkaitan dgn produk saudari. Dari situ, saudari boleh mendapat trafik organik secara percuma melalui search enjin.