
Memang tidak dinafikan lagi, dengan adanya produk sendiri ianya adalah yang paling baik. Ye memang boleh saja anda katakan affiliate ada, Adsense, CPA dan program buat duit lain kan ada. Boleh gak buat duit kat internet dengan cara-cara berkenaan.
Tapi cuba anda lihat disekeliling anda, kebanyakan nama-nama besar di dunia IM ni semuanya ada produk sendiri. Affiliate mereka jadikan sebagai pendapatan sampingan sahaja.
Tidak mengapa jika anda ingin fokuskan pada affiliate sahaja buat masa ini sebagai contoh, tapi tanamkan keazaman yang tinggi, pada suatu hari nanti, anda akan cipta juga produk sendiri.
Jika anda hanya bergantung kepada affiliate atau program buat duit yang lain, ianya tidak stabil berbanding ada produk sendiri. Apa-apa boleh berlaku jika anda hanya bergantung pada affiliate atau Adsense sebagai contoh. Pihak penganjur program affiliate atau Adsense boleh sahaja menutup akaun anda jika terdapat perubahan peraturan atau di dapati anda melanggar syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka. Kalau akaun anda di tutup atau di ban, sama la juga ibaratnya anda ‘tutup kedai’ secara paksa.
Kalau ada produk sendiri, andalah yang mengawal sepenuhnya perniagaan anda.
Jika anda merancang untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh anda cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian, segala permasalahan yang saya sebutkan tadi akan selesai akhirnya :
1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti anda akan mudah lupa.
2. Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus anda edit. Tulis sahaja, kemudian barulah anda fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.
3. Mulakan mencari idea berdasarkan hobi anda. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi anda.
4. Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman anda yang silam. Mungkin anda mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain. Anda boleh mencipta produk informasi berkaitan bidang pekerjaan anda yang lalu.
5. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat di sekeliling.
6. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan atau profitable. Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya ada lah proses jual beli di situ.
7. Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin anda akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan. Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.
8. Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda anda sikit. Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.
9. Pastikan idea produk yang bakal anda cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang anda syok sendiri. Tanya diri anda, adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.
10. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut : Produk anda mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk anda? Mengapa mereka harus beli produk anda dan bukan produk orang lain? Bila pada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan anda boleh membeli produk anda dengan cara semudah yang boleh?
Ok sahabat digital ku. Semoga dengan tips-tips yang telah saya kongsikan di atas, boleh memberi idea kepada anda dalam mencipta produk informasi anda sendiri.
All the best!
Semoga anda dapat mencipta produk informasi digital anda sendiri.
32 Responses
Leave a Reply
Tip yang menarik dan boleh menjadi panduan.Terima kasih.
Saya sekarang sedang aktif dengan program affiliate bersama sifu ZN mungkin Hazwan boleh joint sekali.Kami sering berjumpa setiap minggu (Png)utk
update biz kami.Mai joint.
Masih belum terlambat kalau saya katakan
blog Hazwan paling kemas & menarik & simple (saya suka).
Terima kasih.
Ribuan terima kasih juga sy ucapkan buat En. Wahab kerana suke kan blog sy ni
Owh, En. Wahab join group GDI dgn ZN ke?
InsyaAllah, jika ada kelapangan sy akan sertai.
Semoga berjaya buat En Wahab sy ucapkan.
Salam en. Khairul Hazwan
Terima kasih kepada en. Khairul Hazwan atas perkongsian ilmu yang bagus ni. Diharap ilmu yang saudara curahkan tu menjadi panduan untuk saya mencari idea-idea yg bagus dlm bidng IM ni.
Salam riesyam,
Thanks kerana riesyam masih terus berminat utk membaca perkongsian di blog sy ni.
InsyaAllah, sy akan berkongsi lebih byk lagi, selagi termampu.
thanks diatas ilmu saudara
Terima kasih juga buat Tuan Abu kerana setia membaca blog sy.
satu tips yang baik.. teruskan usaha saudara..
InsyaAllah, selagi ada pembaca di blog sy, selagi itulah sy tidak akan sesekali jemu2 utk berkongsi pendapat dan apa yg sy tahu.
Saya akan gunakan info dalam blog tuan untuk penulisan ebook saya, terima kasih
No problem tuan Munib. Sy amat mengalu-alukannya. Semoga lebih ramai org di luar sana yg memperolehi manfaat hasil usaha kita.
Salam Hazwan
Saya suka tips yg ke 7 – Tengok dan kaji setiap iklan di TV -
Memang benar kata anda, kalau ianya tiada nilai komersil, masakan mereka beriya-iya menghabiskan wang yang banyak untuk beriklan di tv.
Tips ini membuka mata saya betapa kita sering terlepas pandang sesuatu yang kita anggap remeh. Terima kasih atas perkongsian anda.
Betul kata Ab Marzuki. Benda yg selalu ada di depan mata kita dan remeh lah yg kadang-kala sebenarnya boleh mencetuskan idea perniagaan jutaan RM di masa hadapan. InsyaAllah…
salam en. khairul hazwan..
banyak tips ni.. hehe..
selalunye kalau baca kat blog org lain ade tip bwk buku kemana jer..
rasenye mentor jutawan IK ade sebut..
hehe..
thanks sebab berkongsi idea..
Salam Redfar,
Betul, bila bawa buku kemana je, tetibe je dpt ilham, terus catit.
Mana tahu time jalan2 tetibe nampak peluang..huhu
idea yang baik… tqvm… sbnrnya dah overload maklumat tak tau nak mula kat mana …. ada cadangan?
Ok, kalau dah overload, boleh buat mcm ni. Sy sarankan berdasarkan apa yg saya buat
:
1. STOP! Stop everything your are doing right now. Ye, betul apa yg sy ckp ni. Shafri boleh hentikan apa pun yg Shafri buat, samada membaca blog (even blog sy ni), ebook, tgk video tutorial.
2. Tenangkan fikiran dulu. Pergi jln2 amik angin ke, tgk tv ke, tgk wayang ke.
3. Dah tenang, kenali balik model-model perniagaan internet.
4. Pilih dan fokus balik dgn pilihan tersebut.
5. Jgn sesekali membaca atau nk tahu lebih lanjut info2 yg tidak berkaitan langsung dgn model perniagaan yg Shafri pilih tu.
Semoga masalah Shafri akan selesai dgn panduan sy ni.
Salam,
Terima kasih atas info yang menarik ini. Saya akan gunakan sebagai panduan.
Salam En. Ruslie,
Sama-sama tuan.
InsyaAllah, semoga ianya boleh memberi manfaat buat En. utk terus berjaya.
salam..
terima kasih atas info yg amat berguna.sy masih baru dlm ebiz ni,blm sampai setahun.byk benda yg blm tau dan masih dlm study lagi. byk saya terima tip2 dari otai2 IM melalui email dan sy kumpulkan kat blog sy untuk rujukan sy nnt.semmgnya tip2 sebegini mmg sy harapkan krn ia dpt membangkitkan semangat sy untuk terus berjaya dlm ebiz ni.kalu sdara xkeberatan blh tgk blog sy dan dpt beri komen utk sy mpbaikinya lg. terima kasih sekali lagi.
Salam,
Terima kasih buat Reena kerana sudi bertandang ke blog dan menjadi pembaca blog saya ni.
Reena teruskan usaha supaya boleh terus berjaya nanti dlm IM.
Sy suke dgn sikap Reena kerana tidak jemu utk terus mencari ilmu.
Berkenaan dgn blog Reena, sy lihat dr segi content mmg baik. Bagus blog mcm tu memberi tips dan petua2. Cume pada pendapat sy, kalau Reena ada long-term nk monitize blog Reena tu, Reena boleh beralih ke hosting berbayar dan dapatkan blog theme yg lebih nampak profesional.
Langkah seterusnya, promosi,promosi,promosi…promote blog Reena tu tanpa henti.
Tak pe, slot-slow. Kalau takde modal, kumpul dulu.
All the best buat Reena!
wah..dah keluar idea pon hehe.. thanx bro. lahai..saya baru nak kuarkan topik ni dlm blog saya. xpe2 nanti saya release yang lain sket.
Bagus ar blog ini… Saya dapat banyak info dari email yang diberikan dari admin blog ini…
Saya mencipta blog berpandukan email yang diberi.
Terima kasih
http://www.mohdely.com
Sama2 juga buat ely.
Semoga berjaya dgn blog anda.
info yg sgt berguna. ada beberapa tip yg mmg jadi sebahagian dlm idup saya macam tip 1,4,5,6 dan 7. tp syg, xdigunakan sepenuhnya utk buat produk sendiri. lps ni kena fikir ke arah situ plk sebelum kena paksa tutup kedai. hehe
InsyaAllah, sy doakan agar saudara berjaya nanti.
‘Sediakan payung’ sebelum ‘kedai kene tutup’
Assalamualaikum !
Terima kasih kerana banyak berikan tips-tips berguna yang boleh dimanfaatkan .
Saya tahu tips yang diberikan itu berguna tapi saya tak tahu dimana nak mulakan, maklumlah komputer pun baru nak belajar.
Lagi pun banyak program-program yang
saya terima melalui email,membuatkan sya
keliru .
Diharap,mentor khairul tunjukkan jalan yang mana boleh saya lalui untuk sampai kedestinasi yang ditujui.
SEKALI LAGI BEBANYAK TQVM.
Waalaikumsalam tuan Zali,
Terima kasih juga buat tuan kerana sudi membaca blog sy ni.
Ok, begini. Langkah pertama ialah memahami erti sebenar Perniagaan Internet itu.
Perkataan pertama ialah perniagaan so kita kenalah memahami apakah perniagaan itu yg sebenarnya.
Perniagaan ialah bagi saya ialah satu jalan penyelesaian bg apa pun masalah yg dihadapi oleh masyarakan diluar sana. Kita tawarkan jalan penyelesaian dan sbg ganti ialah wang iaitu dalam bentuk keuntungan.
Kita menggunakan medium internet untuk menjalankan perniagaan kita tersebut.
So, langkah 1st cari dulu masalah yg dihadapi oleh org disekeliling kita then cipta jalan penyelesaian dalam bentuk produk atau servis.
Tip yang lengkap, terima kasih Khairul atas perkongsian ini.
Sama-sama buat saudara. Terima kasih juga ya kerana melawat blog sy.
saya seronok dengan pembacaan artikel dari saudara kali ni.. tergerak hati untuk komen.
saya banyak menimba ilmu mengenai perniagaan, kegagalan saya adalah mengunakan ilmu secara teori itu kepada praktikal. saya tahu konsep marketing, operation, finance, HR,Customer services, tapi saya tak tahu mane nak mula dalam perniagaan sebenar.
oleh itu saya memiliki blog saya skg. sedikit info mengenai blog saya, adalah ia menceritakan sebuah teori perniagaan.
apakah tujuan saya itu betul pada pandangan saudara?
Pertama sekali sy ucapkan terima kasih buat saudara Azlan kerana sudi turut serta memberi komen bersama rakan-rakan pembaca blog sy ni yg lain.
Syabas dan sy amat mengagumi ilmu yg saudara milikki. Bukan ramai org2 Melayu mcm kita yg betul2 meminati bidang berkaitan perniagaan ni mcm saudara sendiri.
Teruskan usaha murni Azlan dlm berkongsi pelbagai lagi ilmu berkaitan bisnez di blog saudara.
Cume saudara boleh sertakan contoh-contoh yg mudah dan dekat dgn diri org ramai. Mungkin saudara boleh sertakan contoh-contoh mudah dlm masyarakat sekeliling bg meningkatkan lagi pemahaman org ramai mengenai konsep2 perniagaan yg diketengahkan oleh saudara.
All the best Lan!
It’s good to see the point that you have made, you could have added a few more things, but this was cool nonetheless.