4 Kaedah Jana Wang Melalui Internet

Mesti anda tertanya-tanya macam mana nak buat duit dari Internet. Apa yang perlu kita buat untuk menjana pendapatan seperti yang diwar-warkan pada post saya sebelum ini bahawa anda memang boleh menjana pendapatan melalui Internet. Ia bukanlah suatu kisah dogengan semata-mata. Malah ada yang menjadikan perniagaan internet ini sebagai kerjaya tetap & sebagai cara untuk make a living out of it.

Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang betul di mana kita boleh menjana pendapatan melalui internet. Walaubagaimanpun, di sini saya akan kongsikan 4 cara atau kaedah utama bagi mencapai hasrat tersebut. 4 cara ini merupakan kaedah yang masih lagi boleh dikatakan peringkat umum kerana ia masih lagi boleh dipecahkan kepada beberapa kategori yang lain.

Tak apa, yang penting buat masa ini saya hanya akan membincangkan 4 cara ini dan untuk kaedah yang lebih mendalam itu mungkin akan dibicangkan dimasa akan datang.

1. Penjualan Produk Fizikal

Produk fizikal ialah produk yang boleh kita lihat dan sentuh. Senang cerita, apa-apa yang boleh kita gunakan deria sentuhan kita sepenuhnya ke atas sesuatu produk itu ialah produk fizikal. Ia nyata. Peniaga-peniaga offline mempromosikan dan menjual produk mereka di Internet. Di Malaysia sendiri perkara ini sesuatu yang tidak pelik lagi sekarang untuk kita dengar. Penjualan produk fizikal melalui Internet dapat memperluaskan target market para usahawan malah aktiviti promosi mereka boleh dikatakan dapat dilakukan 24 jam sehari 7 hari seminggu. Mereka hanya memerlukan sebuah laman web atau blog yang memceritakan mengenai produk mereka. Berbanding dengan kedai mereka di dunia offline, batasan masa terpaksa ditanggung. Kedai mereka tidak dibuka setiap masa. Yang lebih menariknya tetang cara promosi di Internet ini ialah, pada kebiasaannya para pelanggan akan mencari produk terelebih dahulu (melalui enjin carian) dan bukan seperti perniagaan offline, di mana aktiviti promosi perlu dilakukan setiap masa. Walaubagaimanapun aktiviti menarik trafik ke laman web anda juga tidak harus dilupakan. Contoh jelas yang boleh kita lihat ialah seperti di Mudah.com dan ebay.

2. Produk Digital Produk Maya

Produk jenis ini tidak boleh kita sentuh secara real. Kita hanya boleh melihat atau mendengarnya sahaja. Pada kebiasaanya ia tidak boleh disentuh atau rasa di dunia nyata. Contoh produk digital yang biasa anda boleh jual di internet ialah ebook, video tutorial, atau rakaman audio yang anda perolehi melalui download di internet. Ok, nak lagi jelas atau contoh yang lebih dekat dengan kehidupan seharian kita ialah, cerita-cerita blockbuster yang ada kat panggung wayang macam Transformers tu pun di kira sebagai produk digital. Lagu-lagu MP3 yang anda download di internet tu pun di kira sebagai produk digital.

3. Hartanah Online (Online Real Estate)

Ini merupakan satu lagi jenis cara anda boleh menjana wang dari internet tanpa menjual sebarang produk. Sumber wang yang anda boleh melalui penyewaan ruangan pengiklanan di laman web atau blog anda. Anda setup kan satu laman web atau blog kemudian tarik sebanyak mungkin trafik. Kemudian bolehlah anda meletakkan ruang pengiklanan di laman anda untuk sewakan kepada usahawan internet yang lain ataupun anda boleh memohon dengan mana-mana advertising network seperti Google AdSense dimana mereka akan meletakkan iklan-iklan di laman web anda seterusnya jika ada pelawat yang klik pada iklan-iklan tersebut anda akan dibayar. Kalau anda perasan konsep Online Real Estate ini sama saja jika anda menyewakan rumah milik anda kepada penyewa, bulan-bulan anda akan makan duit sewa je.

4. Menyediakan Servis Melalui Internet

Sejak internet digunakan secara meluas, ramai penyedia perkhidmatan telah menggunakan internet sebagai medium untuk mencari prospek. Malah cara ini lebih mudah dan kos efisyen. Anda jangan tak tahu, para penyedia perkhidmatan ini ada yang hanya duduk di rumah untuk berurusan dengan pelanggan dan menjana ribuan ringgit. Contoh servis yang biasa boleh kita lihat ialah design laman web, design grafik dan servis penterjemahan bahasa. Saya pernah buat servis ni :-) . Malah sekarang ni ada juga yang menyediakan khidmat penghantaran lauk-pauk ke rumah melalui internet.

Banyak kan idea yang anda boleh jana untuk mendapatkan pendapatan melalui internet ni. Apa yang perlu buat ialah, lihat kebolehan diri anda sendiri dan pilih model perniagaan internet yang sesuai dengan anda.

Share/Save/Bookmark

banner ad

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes