Cara Berniaga Masa Kini – Menjual Informasi

Hai dan Salam Bahagia saudara/saudari, tuan-tuan/puan,

Pernah tak anda dengar perniagaan baru di alaf ini? Ianya bukan menjual makanan, minuman, pakaian atau pun apa jua benda yang biasa anda gunakan dalam kehidupan seharian anda.

Jadi, apa bendanya tu? Mungkin ada yang dah nak tahu sangat.

Jawapannya adalah Informasi atau Maklumat. Menjual informasi di internet.

Inilah perniagaan yang paling menguntungkan untuk kita ceburi di internet pada masa kini.

Mengapa menjual informasi? Tentu ada yang bertanya tentang perkara ini. Adakalanya susah untuk mereka mempercayai tentang kebenaran menjual informasi di internet yang boleh menjana pendapatan ratusan ringgit sebulan.

Jawapannya mudah sahaja. Di internet, apakah tujuan utama orang ramai menggunakannya. Sudah tentulah mencari informasi. Di internet terdapat berjuta-juta maklumat yang anda boleh perolehi setiap hari. Ada juga maklumat-maklumat tersebut yang berubah-ubah hampir setiap minit. Internet ialah pusat maklumat yang terbesar di dunia!

Tujuan mereka mencari informasi di internet ialah kerana mereka inginkan sesuatu maklumat itu dalam masa yang lebih singkat. Memang tidak dapat dinafikan, anda boleh sahaja bertanyakan sesuatu kepada ahli keluarga anda ataupun jiran tetangga anda yang lain berkenaan sesuatu kemusykilan anda.

Tapi ia mungkin memakan masa yang agak lama berbanding jika anda menggunakan internet, hanya klik di hujung jari.

Lazimnya, orang ramai mencari maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin mereka beli, mereka ingin mencari maklumat tentang kaedah-kaedah menjana pendapatan yang lebih, dan ada juga yang ingin mencari maklumat mengenai masalah kesihatan yang mereka alami seperti kegemukkan, kesihatan seksual dan sebagainya.

Di internet, informasi merupakan suatu komoditi yang amat tinggi nilainya jika anda bijak menyusun dan mengaturnya dalam bentuk yang lebih terurus.

Orang ramai akan sanggup membeli sesuatu informasi itu jika maklumat tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka sedang hadapi ataupun maklumat yang mereka sangat memerlukan dalam masa yang cepat.

Walaupun maklumat berkenaan boleh didapati secara percuma, tetapi mereka tetap sanggup untuk keluarkan wang mereka kepada para usahawan informasi. Ini kerana mereka sedar jika mereka membeli informasi tersebut mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga semata-mata ingin mencari informasi berkenaan.

Mereka akan tertarik dan seterusnya membeli produk informasi yang anda jual jika anda bijak mempakejkannya agar ia memudahkan mereka untuk baca dan fahami.

Secara asasnya terdapat tiga jenis atau bentuk produk informasi digital yang boleh anda jual di internet.

Yang pertama ialah dalam bentuk tulisan iaitu dalam bentuk seperti ebook atau report ringkas. Pada kebiasaanya anda tulis terlebih dahulu maklumat yang ingin anda jual itu dalam perisian seperti Microsoft Words kemudian anda tukarkan ia ke dalam format PDF.

Jenis kedua ialah audio. Anda boleh rakam suara anda yang sedang berkongsi informasi tersebut.

Jenis yang terakhir ialah dalam bentuk video. Anda memerlukan perisian yang khusus bagi tujuan ini seperti perisian Windows Movie Maker ataupuan Camstasia Studio.

Pada post yang akan datang saya akan kongsikan pula berkenaan apakah jenis dan contoh-contoh spesifik produk infromasi yang boleh menjadi ‘kegilaan’ dan profitable atau boleh membuatkan para prospek anda tak sabar-sabar nak keluarkan duit untuk membeli produk informasi anda…pssstt…yang penting ianya bukanlah produk make money atau niche IM semata-mata…hehe..kita luaskan skop pemikiran kita buat seketika.

Nantikannya ya post saya yang akan datang tu ;-)

ps : Buat masa sekarang ni saya agak sibuk dengan projek terbaru saya..sebab tu saya macam agak kurang involve kan diri dalam niche IM ni. Buat masa ni, saya more on just focus update blog & membantu para rakan yang request JV (utk niche IM). Projek saya tu yang penting tiada kaitan dengan niche IM atau make money..niche apakah ia?..huhu..sama-sama kita nantikan..InsyaAllah, saya akan kongsikan juga nanti (bila dah selesai projek tu) bersama anda yang menjadi pembaca setia blog perniagaandigital.com saya ni.

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. A.HALIM says:

    cammane cara nak jual ebook yg kita tulis tu?

    • Khairul Hazwan says:

      Persoalan tuan berkenaan menjual, sy assume yg tuan telah pun menghasilkan ebook berkenaan.

      Ok, berikut saya cuba ringkaskan apakah next step :

      1. Tempah ecover dan minisite dari designer atau boleh buat sendiri. Yg penting design mesti mantap.

      2. Tulis surat jualan utk diletakkan pada minisite tersebut.

      3. Jalankan aktiviti mempromosi secara berterusan di forum-forum atau blog2.

      4. Pasangkan sistem affiliate utk merekrut affiliate.

  2. munib says:

    info yang best

  3. Janggut says:

    Salam Khairul,

    Ape sebenarnya surat jualan (sale letter)?

    Cmne nk wat sale letter ni & cmne nk letak kat minisite?

    Dua2 kena bayaran ke?

    Regards;
    Yg baru nk bljr (newbie)

    • Khairul Hazwan says:

      Salam Hormat tuan Janggut,

      Surat jualan (salesletter) adalah isi kanduangan bagi minisite. Ia sebenarnya salah-satu jenis laman web di internet, cuma tujuannya hanya satu iaitu menjual produk atau perkhidmatan yg ditawarkan.

      Contoh minisite + salesletter : http://perniagaandigital.com/fourweekstofreedom/

      Kena bayar? Sy anggapkan maksud saudara ialah adakah perlu bayar nak buat dua perkara tersebut.

      Minisite boleh upah designer utk buat (kena bayar la kan :-) ) atau boleh buat sendiri jikalau saudara memilikki kemahairan.

      Salesltter kene bayar? Tak perlu bayar jika saudara boleh sendiri utk buatnya. Nak upah orang buat kena lah bayar :-)

    • Khairul Hazwan says:

      Nak mudah beli je panduan yg berkaitan yg banyak ada dipasaran sekarang. Kata nak berniaga, kena lah keluarkan sikit modal utk mencari ilmu.

  4. Azrisham says:

    Salam.

    Terima kasih informasi tersebut. Saya akui memang betul yang saudara cakapkan. Sekarang ramai yang menjual produk informasi atau maklumat. Kita pun boleh ikut cara-cara mereka.

    Ikhlas
    Azrisham

    • Khairul Hazwan says:

      Salam Azri,

      Yup..betul kata Azri..cume kita perlu fikirkan produk kita sendiri, apakah yg boleh kita cipta utk menyelesaikan masalah orang lain melalui produk informasi kita.

  5. rclifford69 says:

    GOOD INFO, nanti ikut lagi.

  6. imaioe says:

    .: Perniagaan milennium baru? hehe~ ;-) Kadang-kadang tertipu juga dengan ilmu-ilmu yang dibeli, ilmu-ilmu yang dicari. Jadi kena buat kajian dulu sebelum betul2 hendakkan ilmu-ilmu tersebut~

    Terima kasih juga untuk ilmu: 3 jenis bentuk popular produk informasi yang diatas. Bakal dimanfaat sebaiknya~~ :-D
    :.

    • Khairul Hazwan says:

      Memang benar..sy tak nafikan sekarang ni byk betul penipuan di internet..lebih2 lagi yg berkaitan duit ni..oleh hati, sy berharap imaioe dapat bezakan penipuan2 tersebut.

      Kalau nampak mcm seolah-olah ’sounds to good to be true’, cepat2 lah lari dari laman web tu..hoho :-D

  7. redfar says:

    terfikir juga nak buat ebook.. tapi xtau nich mane sesuai..

    • Khairul Hazwan says:

      Apa sahaja niche yg mampu menyelesaikan permasalahan dlm market niche tersebut.

      Sbg contoh, apakata bro cuba either relationship atau health.

  8. Kak Latifah says:

    Salam,

    Bestnya kalau akak ni mahir Internet macam K.H. Kalau la ada kursus jangka pendek ke untuk mendalami pasal internet ni kan bagus. Terutama orang2 macam akak ni.

    Terfikir juga nak bisness online ni, tapi tk pandai nak buat website, nak suruh orang buat mahal la pulak.

    • Khairul Hazwan says:

      Kalau betul-betul mempunyai semangat nak berniaga, tiada apa pun yang dapat menghalang kita..lakukan apa saja..

      Mahal? Semua perniagaan memerlukan modal..anggapkan ia sebagai salah-satu modal utk kita membina perniagaan internet kita.

  9. linda fd says:

    salam..kh..
    sy amat2 perlukan dorongan cara2 bisnes internet..namun kepakaran sy kurang sekali..harap K.H sudi membantu..dari permulaan sehingga sy berkebolehan berdikari….tq

    • Khairul Hazwan says:

      Salam saudari Linda,

      Sebelum tu..biar sy tanya terlebih dahulu kepada saudari. Sy mmg suke berterus-terang sahaja.

      Pernahkan saudari Linda membeli mana-mana panduan berkaitan membina bisnes internet?

  10. ciksu says:

    salam khairul,

    camne kita nak belajar menghasilkan ecover yg menarik utk ebook? boleh kongsikan?

    tq.

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes