
Hai dan Salam Hormat buat rakan-rakan digital saya,
Seperti yang pernah saya janjikan pada post yang lalu (Cara Berniaga Masa Kini), di mana saya akan kongsikan bersama anda tentang apakah produk-produk informasi yang mampu terjual macam goreng pisang panas sehinggakan orang ramai tak sabar-sabar nak keluarkan wang untuk membelinya. (yang pastinya tak semestinya produk berkaitan make money atau internet marketing sahaja)
Baiklah, untuk memudahkan contoh-contoh yang akan saya kongsikan nanti, mari kita fokuskan dulu produk informasi yang berformat ebook iaitu electronic book. Maksudnya kira produk informasi dalam bentuk PDF yang boleh kita baca melalui software Adobe Acrobat Reader. Saya juga akan memfokuskan untuk pasaran Bahasa Malaysia sahaja dan bukan pasaran luar negara.
Tentu ada yang bertanya, mengapa ebook bukan video atau format produk digital yang lain? Sebabnya, mengikut pemerhatian saya, di pasaran Bahasa Malaysia ini, pasaran ebook masih tersangatlah baru dan boleh saya katakan ia berada di ‘infant stage’. Masih banyak dan ramai lagi boleh terokai perniagaan ebook ni.
Sebelum kita menulis apa jua tajuk ebook, saya dapati kebanyakkan IM menyarankan untuk kita lakukan research berkenaan topik yang ingin kita ketengahkan terlebih dahulu. Mereka pada kebisaannya akan menyuruh kita buat keyword research di Google External Tools. Dari situ, kita boleh lihat berapa bilangan sesuatu keyword yang berkaitan dengan topik ebook yang bakal kita tulis nanti, dicari oleh pengguna internet.
Kalau tinggi bilangannya, ada kemungkinan topik ebook yang bakal kita tulis nanti akan terjual macam goreng pisang panas.
Bagi saya, kesimpulan di atas tidak salah, cuma ia kurang jelas dan kurang tepat. Tak betul 100%.
Bilangan atau nombor yang ada pada result Google External Tools hanyalah menggambarkan bilangan orang yang ingin mencari maklumat tersebut sahaja. Ia tidak menggambarkan adakah ada demand atau pun tak. Ia tidak mampu memberi kesimpulan bahawa adakah para pengguna internet yang mencari maklumat tersebut benar-benar mampu dan sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan maklumat tersebut atau pun tak.
So, jika ada mana-mana IM yang menyatakan anda boleh menulis APA JUA jenis maklumat untuk dijadikan ebook seterusnya ebook tersebut mampu menghasilkan jualan yang meletop-letop ia hanyalah dusta semata-mata. Anda tak boleh nak tulis sebarang topik. Saya nyatakan ni pun sebab tak nak anda nanti dah penat-penat, berhabis wang untuk modal membangunkan perniagaan ebook anda nanti kekecewaan yang akan anda dapat sebab jualan anda tak mendapat sambutan.
Jadi, apakah topik-topik ebook yang menguntungkan, profitable dan boleh menghasilkan jualan yang memberangsangkan?
Jawapannya…..apa juga topik yang mampu menyelesaikan apa juga masalah orang lain. (Tak semestinya topik make money atau internet marketing)
Konsep dia sama sahaja dengan apa juga jenis perniagaan yang ada dalam dunia nyata offline kita.
Kalau anda perasan, semua perniagaan di sekeliling kita menyelesaikan permasalahan harian kita.
Sebagai contoh:
Banyak lagi contoh lain yang boleh anda lihat sendiri.
Hal ini sama sahaja jika kita aplikasikan ke dalam perniagaan ebook kita.
Berikut beberapa contoh topik yang saya yakin dan percaya mampu mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ebook anda haruslah bukan informasi semata-mata yang anda hanya copy and paste daripada internet atau menterjemahkannya dari Bahasa Inggeris.
Ebook anda harus mampu memberi penyelesaian masalah dalam bentuk step-by-step kepada para pembaca anda.
Apa yang penting, topik ebook yang mampu menyelesaikan permasalahan para pembaca anda. Masih banyak lagi niche-niche ebook (selain make money atau IM) yang masih boleh diterokai terutamanya dalam pasaran Bahasa Malaysia kita.
Jom mulakan perniagaan ebook!
23 Responses
Leave a Reply
segalanya benar En Hazwan
Thanks Munib.
Contoh yg terdekat kita dapat lihat dgn Tuan Munib sendiri.
Jual ebook yg bukan niche IM.
Kpd rakan2 pembaca yg nak tau, Tuan Munib jual ebook Doa Pengasih..hu2..mmg unik
http://doapengasih.com/
alamak En Wan ni tlg promote pulak, terima kasih
En Wan ni buat byk bisnes, terbaru dia join MLM dgn roomate saya.he
Huhu..itu adalah salah-satu long-term plan projek sy..Nak involve kan diri dlm niche berbeza..
Nak cuba meng-apply-kan ilmu IM ke dlm niche-niche yg lain.
Salam,
informasi yang memang tip top. Thanks for sharing
Waalaikumsalam Mantra,
Semoga Mantra dpt menjana idea-idea utk buat ebook..mana tahu kan, ebook Mantra nanti boleh meletop.
Tips yang sangat menarik… Benar saudara Hazwan… kajian pasaran sangat penting…
Betul…bak kata orang, tak boleh nk teru2 terjun, study dulu..tp study sikit2 cukup..tak perlu byk2..takut tak take action.
Mcm saudari Ummu, niche yg amat baik sekali Ummu involve, parenting.
Niche ni sememangnya ada demand yg tinggi lebih2 lg kat Msia ni ianya masih kurang dipenuhi.
Hebat sungguh
Thanks Khail.
Boleh try apply kan sikit2 apa yg sy share kan ni.
Terima kasih, blog sangat cantik
Terima kasih saudara Ahmad..wah..tersenyum tersipu-sipu sy baca komen saudara..seronok sy dengar..i take that as a compliment
Ebook saya terhasil, bila saya cari di pasaran tak ada lansung ebook yg lengkap tentang perkara tersebut.
Tepat sekali apa yg saudara katakan tu..tiada satu ebook pun yg lengkap dlm dunia ni.
Idea yang bagus.Terfikir juga nak buat ebook tapi asyik terbantut je.camne nak fokus betul2 dlm biz ni agaknya?
Nak fokus?…senang je, hentikan membeli apa2 panduan buat duit (IM)..kalau belum beli, beli satu dulu, then apply kan ilmu tersebut.
TAKE ACTION.
Betui.Segala yang dapat mendapat menyelesaikan masaalah sudah pasti ada yang akan membelinya…
Yup..mmg kita sependapat
Salam,
Bagus teknik yang diimplentasikan. Mungkin idea orang muda lagi bagus dari orang tua mcm saya.
Good luck!
Salam Dr.,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog sy ni.
Dr. tetap berjiwa muda sy kira
Kadang2 org muda mcm sy ni idea mmg byk, tp sy akui dari segi pengalaman mmg tak dapat nak menandingi yg lebih berusia mcm Dr sendiri.
.: Ini sudah bagus~~
Dari komen anda berdua, terdapat satu cara untuk membuat ebook – temuduga dgn pihak2 yg mmg ‘authority’ dan berpengalaman untuk kandungan ebook. Bukan hanya temuduga pakar yg namanya terkenal di internet, tetapi temuduga dengan mana2 pakar yg telah membuka ‘brick and mortar business’ atau yg telah bekerja dgn kerajaan, temuduga dgn doktor sebagai contoh~
Nak cari idea byk2~~ X-D
:.
Salam, yup..dalam masalah sebenarnya ada peluang untuk buat duit dengan manfaatkan cara untuk selesaikan satu-satu masalah itu!( saya cedok dari salah seorang mentor saya)….Tetapi kena ikut ‘niche’ dia la kan Bro Khairul?..kalau ada masalah dalam hal-hal memancing, kita boleh tulis atau beri informasi berkenaan dengan bidang ‘niche’memancing…
salam newbabie (newbie)
radzuanradzi
http://www.radzuanebiz.com
bukan senang nak wat ebook

nak jual lagi satu hal
tapi tak salah mencuba