
Hai sahabat digital saya!
Salam Hormat kepada anda selaku pembaca blog saya nie. Nampaknya inilah post pertama saya untuk tahun 2010.
Thanks di atas kesetiaan anda dalam melayari blog saya ni walaupun saya jarang juga kan update blog saya ni. Blogging sebenarnya bukanlah menjadi fokus utama saya. Saya sebenarnya lebih memfokuskan pembinaan content melalui mailing list saya. Kalau anda dah pun menjadi subscribers saya, saya pasti tentu anda perasan hampir setiap minggu saya akan berkongsi apa-apa informasi berguna dalam perjalanan kerjaya kita selaku seorang Internet Marketer.
Ok, post kali ni kita akan membincangkan salah-satu teknik dalam menjana trafik ke laman web kita.
Teknik tersebut ialah Pemasaran Artikel.
Pemasaran Artikel atau Article Marketing ialah suatu aktiviti di mana seorang Internet Marketer itu akan menulis sebuah artikel yang berinformatif. Penulisan ini adalah bertujuan perkongsian berbentuk ilmiah di mana objektif utama dan tujuan sebenarnya ialah untuk menarik seberapa banyak trafik ke laman web IM tersebut. Tak kira samada laman web jualan, laman squezee page mahupun laman blog beliau.
Pada kebiasaannya, artikel yang ditulis adalah berkaitan dengan bidang atau produk yang ditawarkan oleh IM tersebut. Boleh juga kita katakan ia sebagai salah-satu aktiviti mempromosi perniagaan internet kita TAPI bukan secara terus kita mempromosi produk atau perniagaan kita. Bukan secara directly tapi indirectly.
Macam saya katakan tadi, penulisan artikel lebih kepada perkongsian maklumat yang berinformatif kepada orang ramai.
Mengapa anda sebagai seorang IM tidak harus mengabaikan aktiviti pemasaran melalui artikel ini?
Jawapannya adalah, melalui article marketing inilah anda dapat membina content.
Terdapat satu ungkapan yang ingin saya kongsikan bersama anda. Pepatah tersebut adalah daripada Ewen Chia, iaitu salah-seorang Internet Marketer berpangkat ‘Guru’ atau dalam BM kira otai kepada otai lah lebih kurang
Beliau mengatakan bahawan “Content is the foundation of all internet businesses”
Nah! Dari situ tentu anda faham. Kita tak boleh nak lari dalam pembinaan content selama mana kita terlibat dalam Internet Marketing atau Perniagaan Internet.
Setelah anda menulis artikel tersebut, anda bolehlah samada submit kannya ke direktori-direktori artikel seperti EzineArticle.com (untuk pasaran antarabangsa) ataupun di forum-forum tempatan (untuk pasaran BM). Anda buka sahaja satu thread di forum-forum berkenaan, dan post kan hasil tulisan artikel anda. Dari situ kredibiliti anda sudah tentu akan terbina.
Sebelum saya akhiri post saya ni, sedikit saranan dan panduan buat anda dalam pemasaran artikel. Elakkan sehabis boleh untuk menulis artikel yang menekankan promosi semata-mata dan ingin mendapatkan jualan. Jangan anda letakkan link ke laman jualan anda dalam penulisan artikel berkenaan. Anda boleh lakukannya di resource box anda bukan pada isi kanduangan artikel anda. Tapi kalau anda tulis artikel anda di blog anda sendiri, tak menjadi masalah.
14 Responses
Leave a Reply
Tahniah, nampak lebih pro.
Terima kasih Anuar..sy amat menghargai komen saudara. Semoga byk info bermanfaat yg saudara dapat perolehi dari blog sy ni.
Salam khairul dan juga Anuar. Nampaknya menarik juga komen saudara Anuar, mulanya nak tengok tengok je ruangan ni, last last terbaca sampai habis. Apapun usaha, jika ada keikhlasan sudah tentu bertambah indah, maka dengan sendirinya mengheret pembaca keakhirnya.
Thanks En. Banjori..sungguh indah kata-kata En. itu
Memang boleh dijadikan pedoman juga buat pembaca yg lain.
Semoga En. Banjori turut mendapat pengisian yg penuh manfaat.
terima kasih atas perkongsian ilmu daripada saudara , suatu perkara yang perlu diambil perhatian dan perlu dipraktikkan jika ingin berjaya di dalam IM .
TQ
Sama-sama buat azamakma. Memang betul apa yg diperkatakan azamakma tu. Article marketing adalah salah-satu teknik pemasaran yg patut kita lakukan dalam IM.
Theme yg simple tp tersusun..amat memudahkan bg pelawat. 4 dr 5 bintang utk theme ni.huhu..
Wow..tinggi nye bintang yg diberi Farees tu..huhu..thanks alot..semoga Farees dan para pembaca blog perniagaandigital yang lain selesa dgn theme sy ni.
Banyak yg boleh saya belajar dengan saudara ni.
Terima kasih buat saudara kerana setia membaca blog saya. InsyaAllah, sy akan terus berkongsi selagi byk yg mampu.
Semoga saudara memperolehi byk manfaat.
Salam,
Bagus, dan banyak info yang saya belajar, terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan saya
Salam faee,
Sama-sama, dan semoga faee dapat terus menantikan post-post perkongsian info bermanfaat dari saya pada masa akan datang di blog ini.
Bagus artikel ni. Boleh le tambah apa yang dah difahami sebelum ini. Terima kasih
Semoga saudara dapat menfaat dan apply kan perkongsian sy tersebut. Terima kasih juga kerana membaca di blog sy ini.