GEMPAR! : Pengumuman terbaru & 10 tips tarik trafik ke laman web

Hellooo rakan-rakan pembaca blog perniagaandigital.com,

Nampaknya minggu lepas saya tak update blog ni…Maaf saya pohon kepada anda. Sebenarnya saya dari minggu lepas telah berfikir panjang. Ianya berkaitan mengenai newsletter mingguan berkaitan info-info perniagaan internet buat para subscribers saya di http://panduanplr.com. Jika anda merupakan salah-seorang daripada subscriber PanduanPLR.com, tentu anda perasan yang saya pada setiap minggu tentu ada menghantar email berbentuk perkongsian ilmiah (bukan promote semata-mata membuta-tuli produk-produk sendiri atau affiliate)…ooopss..harap takde mana-mana IM terasa..hoho..bukan apa, saya bercakap ni pun berdasarkan realiti masa kini.

Ok, setelah berfikir panjang dan membuat perhitungan yang rasional, dengan ini saya akan menukar cara saya iaitu buat para subscriber PanduanPLR.com. Saya akan stop untuk publish newsletter melalui email anda pada minggu ke-11 bermula dari tarikh anda mendaftarkan diri ke mailing list saya itu (yang telah anda opt-in melalui laman http://panduanplr.com). Kepada yang baru sahaja mendaftarkan diri ke mailing list PanduanPLR.com, teruskan berada dalam mailing list saya kerana pelbagai info-info asas berkaitan IM (Internet Marketing) menanti anda.

Apa yang akan saya buat ialah, saya masih akan meneruskan perkongsian info-info bermanfaat berkaitan perniagaan internet. Usah gundah-gulana, jangan risau, saya tidak akan menghentikan perkongsian ilmiah dalam bidang IM ni.

Begini caranya….Saya akan buat perkongsian tersebut dalam bentuk post di blog ini (bermakna memang sudah tentulah menjadi kemestian, kewajipan dan tanggugjawab saya untuk saya post kan at least seminggu sekali post di blog ini). Then saya akan war-warkan melalui broadcast email kepada anda (yang menjadi subscriber saya) mengenai post terbaru di blog saya sejurus saya publish kan post tersebut.

Macam mana pula kalau anda tak dapat apa-apa email dari saya? Usah risau, anda boleh terus saje ke blog ini at least seminggu sekali. Anda boleh letakkan expectation terhadap saya di mana at least pada setiap minggu mesti ada post baru. Tak kira lah post berkaitan IM ke atau berkaitan dengan perkembangan dan kehidupan seharian saya (dalam perancangan utk saya kongsikan bersama anda)..ini janji saya kepada anda..InsyaAllah saya akan tunaikannya dengan bersungguh-sungguh.

Mungkin ada yang bertanya mengapa Bro Hazwan nak wat cam ni lak?

Berikut pula sebab mengapa saya nak tumpukan kepada update blog :

1. Saya dapati dgn sy membuat post di blog, respon (dari segi komen) para pembaca lebih tinggi berbanding email. Ia lebih interaktif. Bukankah di awal-awal lagi pengenalan saya kepada anda yang subscribe mailing list saya telah saya nyatakan, matlamat saya yang utama ialah untuk menjalin hubungan jangka masa panjang bersama anda dengan lebih akrab. Saya nak jadikan anda sahabat digital saya sampai bila-bila :-)

Tapi kalau anda ada apa sahaja persoalan yang lebih kompleks dan memerlukan perhatian saya yang lebih mendalam, boleh saja anda tanyakan kepada saya melalui borang Hubungi Saya atau email khairul.hazwan.yusof@gmail.com. Saya sedia menjawabnya.

2. Blog lagi menarik, boleh letak imej gambar-gambar..tak la boring kan anda sambil2 baca artikel saya..hoho

3. Blog lebih mesra enjin carian. Saya sendiri telah mendapat banyak trafik organik percuma melalui search engine

4. Dengan menulis artikel di blog, lebih ramai lagi orang lain untuk membaca artikel-artikel bermanfaat dan seterusnya lebih ramai lagi rakan-rakan baru yang boleh kita dapat. Sama-sama boleh share lebih banyak lagi pendapat dan berkongsi minat (IM) yang sama.

Ok, itulah pengumuman terbaru dari saya.

Sekarang kita pergi pula kepada perkongsian info perniagaan internet pada minggu ini. Saya akan berkongsi bersama anda berkenaan 10 tips tarik trafik ke laman web perniagaan anda. Jom kita layan dulu artikel tersebut………

Saya pasti tentu anda pernah dengar orang kata betapa pentingnya trafik ni. Trafik ni ibarat nyawa bagi laman web anda. Kalau tak de trafik, tak ada la orang yang nak melihat laman web seterusnya untuk melihat apakah tawaran-tawaran atau produk yang dijual oleh anda.

Di sini saya kongsikan 10 tips dalam menjana trafik ke laman web kita :

TIPS 1 : Dapatkan nama domain yang ringkas dan mudah diingati. Ini dapat memudahkan para pelawat anda untuk memberitahu rakan-rakan mereka yang lain jika mereka ingin me-rekemen-kan laman web anda kepada orang lain. Selain itu, mudah juga bagi mereka yang ingin datang lagi ke laman web kerana nama domain anda mudah diingati dan ringkas.

TIPS 2 : Optimize isi kandungan laman web atau blog anda. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan keyword-keyword yang sering digunakan oleh pelayar web berkaitan produk anda. Ini dapatkan menaikkan ranking laman web anda dalam enjin carian.

TIPS 3 : Libatkan secara aktif di ruangan-ruangan forum. Jangan lupa untuk meletakkan link ke laman web anda di ruangan signature. Apabila orang lain ternampak signature anda, mereka akan klik dan seterusnya di bawa ke laman web anda.

TIPS 4 : Letakkan link ke laman web anda pada resource box artikel yang anda tulis seterusnya post kan artikel anda itu ke laman direktori artikel. Letakkan pada resource box anda di akhir artikel tersebut.

TIPS 5 : Letakkan link pada signature email anda. Tiap kali anda hantar email kepada sesiapa pun, secara tidak langsung, link ke laman web anda akan didedahkan kepada mereka semua.

TIPS 6 : Cipta satu video ringkas dan post kan di Youtube.com. Masukkan link ke laman web pada video tersebut. Anda boleh saja buat video ringkas berbentuk slideshow berkaitan produk anda. Video selaman 5 minit pun dah cukup lama.

TIPS 7 : Sebarkan ebook percuma hasil tulisan anda sendiri. Masukkan link ke laman web anda dalam ebook tersebut. Sertakan Giveaway Rights supaya pembaca lain boleh menyebarkan ebook tersebut.

TIPS 8 : Gunakan laman web social networking seperti Facebook, MySpace dan Friendster untuk anda post kan apa-apa info yang berguna berkaitan laman web anda.

TIPS 9 : Iklan kan laman web anda di blog-blog orang lain. Tidak mengapa untuk melaburkan sedikit wang bagi mendapatkan trafik dengan membeli ruangan pengiklanan di blog-blog tersebut.

TIPS 10 : Kalau anda ada wang atau budget yang lebih tinggi lagi, anda boleh iklankan link ke laman web anda di laman web akhbar-akhbar tempatan seperti Kosmo, Berita Harian ataupun Harian Metro.

Semoga dengan tips-tips ini, dapat membantu saudara-saudari menjana trafik lebih banyak ke laman web ataupun blog anda.

*Anda dibenarkan untuk copy & paste artikel saya ini di mana-mana pun samada di blog anda, forum, atau di mana sahaja. Syaratnya anda haruslah copy paste kan sekali kotak & butiran di bawah ini dalam artikel berkenaan:

——————————————————————————————————-
Penulis asal artikel ini Khairul Hazwan merupakan seorang usahawan
internet yang suka berkongsi pelbagai info berkenaan perniagaan
internet. Model perniagaan internet yang menjadi fokus beliau ialah
pemasaran produk informasi digital. Beliau banyak berkongsi pelbagai
lagi tips & panduan berkenaan perniagaan internet di laman blognya
iaitu http://perniagaandigital.com
——————————————————————————————————-

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. samsul says:

    Thanks untuk tips2 yg sgt berguna, banyak lagi yg saya tak terbuat. Memang betul blog lebih interaktif, mudah dibaca dan mudah nak beri komen…biasanya email lebih straight dan skema he2…

    • Khairul Hazwan says:

      Thanks juga buat saudara Samsul kerana sependpat dgn sy..betul tu..kalau email ni ‘personal touch’ nya mcm kurang skit bila say lihat balik..n mcm skema..betul kata saudara..sbb pd kebisaannya email ni kita buat kerja2 yg formal compare dgn blog.

      Hidup blogging!..hu3

      Tp walau mcm mana pun saya still akan cuba integrate kan email marketing + blogging dlm usaha IM

  2. Thoha says:

    Satu perkongsian yang menarik..
    semoga saudara sukses selalu..

    • Khairul Hazwan says:

      Semoga sukses juga buat saudara, blog saudara pun apa kurangnya..byk juga perkongsian bermanfaat sy lihat.

      Teruskan usaha & All the best buat saudara Thoha

      • Thoha says:

        Banyak perkongsian yang bermanfaat di blog saudara ini..
        Insyaallah pada masa akan datang saya akan sentiasa kunjungi blog saudara ini jika ada artikel-artikel terkini yang dapat memberi manfaat kepada saya..

  3. Salam,

    Saya rasa ini satu langkah yang bijak dengan up-date blog post setiap minggu. Syabas bro.

    • Khairul Hazwan says:

      Salam tuan,

      Benar kata tuan Ruslie..ini salah-satu cara yg sy fikir boleh terus mengekalkan momentum kita utk terus bergiat dalam aktiviti blogging.

  4. cyza says:

    Oh…bagus lah bagi tips macam tu…refreshing for me…

  5. Wahab says:

    Salam Hazwan.

    Molek benar cadangan itu,disamping Hazwan
    memberi tip berguna boleh juga bertukar-tukar pandangan dengan bloger-bloger lain.Lebih rasa dekat di hati bila tengok
    photo Hazwan selalu, macam kita sembang-sembang kat kedai kopi la tu…

    • Khairul Hazwan says:

      Waalaikumsalam tuan Wahab,

      Itu lah yg sy harap2kan. Mungkin jikalau ada kesempatan boleh kita ketemu di kedai kopi sembang2..no problem bg sy :-)

  6. Mohd Fairul says:

    Semoga saudara Khairul Hazwan sentiasa sihat agar dapat berkongsi ilmu yg bermanfaat kpd kami semua.

  7. Khairul Hazwan says:

    InsyaAllah…all the best buat saudara, moga saudara akan sukses jua.

    Thx kerana sudi lepak2 di blog sy ni :-)

  8. matcargo says:

    alhamdullilah.. dapat jugak saya menambah lagi pengetahuan dlm bisnes internet ni dengan menjengok ke blog ko bro.. hehehe syabas moga terus berjaya..

    • Khairul Hazwan says:

      Thanks bro..semoga bro pun boleh terus apply kan apa-apa pengisian yg bro dapat dari blog sy ni..InsyaAllah, mana tahu dapat membantu kejayaan bro juga kelak..aminn..

  9. Izuan says:

    10 tips yg sngat2 membantu.. tanx 4 sharing
    caya la.. =D semoga berjaya bro..

  10. Ziziz says:

    TQ bro atas perkongsian ilmu yang memberi banyak pengetahuan kepada saya yang bukan tahu sangat dunia internet ni..dengan adanya orang macam bro nilah saya boleh merangkak sedikit insyaallah suatu hari nanti dapat berdiri seperti bro.

    • Khairul Hazwan says:

      Your welcome Ziziz, InsyaAllah, sama2 kita doakan..tak mengapa utk merangkak terlebih dahulu..teruskan usaha Ziziz, impian Ziziz akan tercapai juga akhirnya jika tidak berputus asa dlm dunia IM ni.

      Good Luck for your journey in IM! :-)

  11. Nozi says:

    Salam,

    Tips menarik yang perlu dilakukan ni. Terima kasih. :)

    p/s:Hmm,baru best sebab update di blog terus. Lagi bagus sebenarnya untuk memeriahkan suasana.

    • Khairul Hazwan says:

      Salam Kak Nozi,

      Benar kata akak, mcm menarik kalau kita post artikel kt blog..nampak lebih ramai respond.

      “the more, the merrier”

      ps : sy nak ucap thanks kt akak sbb baru sy tahu mcm nak generate signature online, sy terbaca post akan tentang hal berkenaa. Thanks kak :-)

  12. bro knie says:

    salam…
    terima kasih.. perkongsian yang menarik… biasenye msg2 yang skema n detail2 saye x baca pun, tp emel2 bro khairul, menarik…
    ye…
    mungkin dengan care ini akan lebih menarik dan dapat berkongsi idea…

    tq bro!!!

    • Khairul Hazwan says:

      Salam bro Knie,

      Wah..seronok btul sy dengar..bagus la mcm tu..terima kasih juga buat bro kerana sudi gak baca email2 sy.

      Mmg betul cara ni lebih menarik..contohnya, kita dapat lihat bro pun sudi beri komen/feedback tentang pos sy. Begitu juga dgn rakan2 pembaca kita yg lain

      Thanks alot ye bro :-)

  13. banjori says:

    Sangat berterima kasih utk Khairul Hazwan..
    sememangnya banjori minta maaf..dek kesuntukan waktu terabai sejenak dari blog saudara..apapun ianya tetap memberi banyak menafaat buat saudara saudara yang lain juga. Thanks di atas perkongsian yang sangat berguna ini.

  14. hadjie says:

    Dah banyak kali baca cara2 tingkatkan trafik ni, tapi masih tak bosan-bosan biarpun tip yang agak sama.
    Terima kasih atas info yang lebih kepada penyegaran dan keinginan untuk diaplikasi.

    • Khairul Hazwan says:

      Benar kata tuan Hadjie itu..perkara2 mcm ni sebenarnya apa yg dikatakan ‘pusing-pusing, benda yg sama gak’. Tak sy nafikan.

      Cume apa yg membezakannya..tahap sejauh mana konsistennya setiap individu utk mengamalkan tips-tips tersebut.

      Mungkin hasilnya tidak akan kita nampak dlm jangka masa singkat, tp sy percaya segala hasil usaha kita dgn istiqamah akan berbuah jua akhirnya.

  15. saleh says:

    alhamdulillah… ilmu yg hebat untuk saya yg baru ingin mula. Saya harap dapat lebih banyak info daripada khairul dan saya boleh menjadi im yg berjaya… thanks GuRu

    • Khairul Hazwan says:

      Syukur..semoga ianya dapat memberi manfaat buat tuan.

      InsyaAllah, sy akan cuba sedaya upaya utk terus berkongsi seba-sedikit ilmu yg ada ni.

      All the best buat saudara.

  16. galut says:

    Terima kasih tuan tips anda sangat berguna dan amat diperlukan.

  17. sedy says:

    Assalamualaikum,

    Saya suka lihat blog saudara dengan forum yang anda berikan sekali. Saya juga nak tahu bagaimana nak buat blog kita kemas dan cantik.

    Jangan lupa lawat blog saya saudara.
    http://penyiasatmudapersendirian.blogspot.com/

    Sekian, wassalam

    • Khairul Hazwan says:

      Waalaikumsalam Sedy,

      Terima kasih kerana Sedy sukakan design blog sy ni :-)

      Sebenarnya, sy beli templete ni. Kalau kita beli mmg byk yg cantik2 boleh kita dapat.

      Kalau yg free, mmg agak sukar sikit kita nk dapat yang memenuhi citarasa sendiri.

  18. radzuan says:

    Salam, Bro…menarik artikelnya. nanti bolehla melawat blog saya pula…saya ni baru2 jer nak start blogging dan menceburi ebiz nih…sila berikan komen ya nanti..

    radzuan
    http://www.radzuanebiz.com

    • Khairul Hazwan says:

      Salam Bro, thanks bro.

      Semoga bro apply sikit2 tips tu n dapat result.

      No problem bro, all the best dgn ber-blog.

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes