Sudah menjadi seakan lumrah untuk mana-mana blog yang berkaitan Internet Marketing bermula dengan post apakah yang dikatakan sebagai perniagaan internet itu sendiri. Bersempena dengan tema blog saya ni, saya akan berkongsi dengan anda apakah yang dikatakan sebagai perniagaan internet yang sebenar.
Saya akan memberi pandangan mengikut pemahaman saya sendiri. Terpulang kepada anda, untuk menambah atau memberi sebarang komen untuk tujuan penambahbaikkan. Saya amat mengalu-alukannya
Kita mula dengan maksud ‘perniagaan’. Perniagaan di sini bukan bermaksud pelaburan. Ia melibatkan proses jual-beli transaksi di antara penjual dan pembeli produk atau servis. Ada pertukaran nilai di situ iaitu pembeli akan memberi wang kepada penjual dan sebagai ganti, pembeli akan menerima produk atau servis yang mereka kehendaki. Produk atau servis di sini ialah penyelesaian masalah yang dihadapi oleh para pembeli/pengguna. Mereka akan mendapat benefits malalui sesuatu produk atau servis itu.
Anda nampakkan perniagaan yang saya maksudkan di sini sama saja kalau kita lihat perniagaan di dunia offline. Cuma apa yang membezakan perniagaan internet dengan pernigaan konvensional ialah medium dan kaedahnya. Perniagaan internet menggunakan medium interaksi melalui internet.
Perniagaan internet bukannya pelaburan internet, skim cepat kaya atau program derma sumbang-menyumbang sesama ’saudara seagama’. Tiada istilah 4D (Duduk Diam-diam Dapat Duit) atau duduk goyang kaki hari-hari duit masyuk yang boleh diguna pakai dalam perniagaan internet ni. Itu semua dusta, pembohongan semata-mata.
Tiada jalan mudah untuk anda melakukan perniagaan internet. Semuannya perlu ada usaha yang betul dan berterusan.
Perlu ada penetapan matlamat, membuat sedikit kajian (market research), perancangan yang betul dan implementasi langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Perniagaan internet bukan pelaburan internet seperti yang pernah difatwakan haram tu ye. Kena bekerja keras juga. Sama saja peniaga-peniaga di luar sana yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
Sebab itu sebelum anda melibatkan diri dalam Internet Marketing ni, anda perlu tanya diri anda sendiri. Minat berniaga tak? Sanggup ke untuk bekerja keras demi membina perniagaan anda untuk jangka masa yang panjang? Anda sanggup terus tanpa henti mencari ilmu walaupun terpaksa pergi ke hujung dunia pun hanya semata-mata mendapatkan ilmu tentang perniagaan ni tak kira online ataupun offline?
Kalau jawapan anda kepada semua soalan di atas ialah YA, maka boleh lah anda bersama-sama kami untuk berjuang dalam bidang IM. Ayuh sama-sama kita menuju ke puncak jaya.
6 Responses
Leave a Reply
Selain perniagaan dan pelaburan, terdpt satu lagi istilah yg dipanggil ‘program’ buat duit diinternet. Antara program yg betul2 boleh memberikan pendapatan ialah program affiliate, adsense dan CPA (click per action).
Namun, hati2 juga dgn program mengarut seperti program autosurf, program klik dpt duit, program hype yg menjanjikan ribuan ringgit dgn hanya menghantar email dsbgnya.
Seeloknya, siasat dulu latarbelakang program atau pelaburan yg ditawarkan sebelum menyertainya.
Ya, tepat sekali apa yang Julius katakan. Sebab itu kadang-kadang orang terkeliru ‘program’ buat duit di internet ni. Yang ada unsur-unsur yang indah khabar dari rupa tu harus di selidik terlebih dahulu. Kalau berkaitan pelaburan boleh rujuk pihak Bank Negara atau Security Commission (SC) tentang kesahihannya.
mcm mana nak libatkan diri dgn perniagaan internet yang sebenarnya?
Bagi menjawab persoalan roy ini, roy kena tanya terlebih dahulu pada diri roy.
Apa yang roy nak tawarkan (produk atau servis) kepada orang ramai yang boleh roy lakukan melalui internet?
Menjalankan perniagaan internet samada sahaja seperti menjalan perniagaan di dunia nyata offline.
Jika roy tak nak tawarkan produk sendiri mungkin boleh promote produk orang lain. Ini dinamakan sebagai Affiliate Marketing.
Perniagaan internet adalah 10x lebih sukar dari berniaga secara offline. Coz belum tentu struggle 6 bulan pun leh mencapai RM1000 sebulan. Belum tentu leh dapat RM6000 selama 6 bulan tersebut. Lebih mudah nak dikatakan Belum tentu leh untung bersih RM100 sebulan.
Jika rakan-rakan sanggup ada afford tuk tempoh bertahan selama 6 bulan pertama, teruskan.
Pengalaman AJ, peruntukkan lebih 16 Jam sehari tuk belajar marketing di internet. dan kini sudah nak masuk bulan ke 5 baru sahaja berjaya hasilkan RM500 sebulan bulan ini. 4 bulan yang lepas RM0.
Jika anda mampu survive RM0 selama untuk 4 bulan – 6 bulan ini ya, anda juga boleh berniaga secara online.
Dapat disimpulkan, bukan senang untuk berniaga di internet jika rakan-rakan masih lagi teragak2x apakah cara dan langkah paling bagus tuk berniaga di internet.
Kemahiran promosi dan pemasaran sahaja yang mampu megorak anda selangkah ke hadapan.
Sy suke betul dgn pandangan saudara AJ ini.
Terima kasih AJ
Memang betul apa yg diperkatakan oleh saudara AJ. Kalau dalam istilah English nya ia dinamakan sebagai breakeven (tempoh dimana modal yg telah kita keluarkan dapat kita perolehinya semula melalui aktiviti perniagaan dan pemasaran interet).
Kita mesti sanggup bertahan buat sementara waktu, sanggup berkorban demi mendapatkan pusingan modal yg telah kita keluarkan.