
PLR atau nama penuhnya Private Label Rights ialah salah satu daripada jenis-jenis lesen hak jualan semula yang ada di dunia online secara khususnya. Jika anda sudah agak lama berada dalam industri Internet Marketing ini, tentu anda pernah dengar mengenai lesen RR (Resell Rights) dan MRR (Master Resell Rights). PLR juga ialah salah-satu daripada jenis lesen selain yang telah disebut di atas. Tetapi lesen PLR ialah lesen yang paling unik dan mempunyai jauh lebih banyak kelebihan berbanding daripada lesen-lesen hak jualan semula yang lain.
Untuk lesen RR atau MRR, anda hanya boleh menjual semula produk digital berkenaan tanpa anda boleh mengubah isi kandungan produk tersebut. Kalau boleh pun mungkin ia sangat-sangat terhad dari segi kebenaran yang diberi oleh tuan punya produk berkenaan.
Apa-apa produk digital khususnya yang disertakan lesen PLR, anda boleh mengubah dan mengedit produk berkenaan secara keseluruhannya. Anda akan dibekalkan dengan dokumen berbentuk Words di samping format produk berkenaan dalam bentuk PDF. Malah anda boleh claim hakcipta bagi produk PLR berkenaan dengan menyatakan anda lah pencipta produk berkenaan.
Walaubagaimana pun ia juga tertakluk kepada beberpa syarat penting yang tidak harus anda lepas pandang seperti adakah lesen PLR tersebut Transferable atau Non-transferable.
Produk-produk PLR ini adalah penyelesaian kepada anda dalam masalah mencipta produk anda dalam masa yang terpantas dan mudah. Anda tidak perlu lagi untuk melalui fasa mencari niche yang menguntungkan dan menghabiskan berhari-hari melakukan research atau pencarian maklumat bagi mencipta sesuatu produk informasi digital. Semua aktiviti-aktiviti tersebut telahpun dilakukan untuk anda oleh para pencipta produk PLR. Apa yang anda perlu buat ialah beli produk PLR, ubah, kemudian jual terus dan menikmati keuntungan 100% hasil jualan.
Melalui produk PLR anda bukan sahaja berpotensi mendapatkan pendapatan yang lumayan malah dalam masa yang sama anda dapat membina kredibiliti dan jenama anda sendiri kerana anda telah mempunyai produk anda sendiri untuk dijual. Orang akan lebih menghormati dan memandang tinggi terhadap anda kerana anda telahpun mempunyai produk sendiri.
One Response
Leave a Reply
Terima kasih tak terhingga untuk sahabatku yang tak putus-putus memberi tip-tip IM yang sangat berharga ini..