Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.
Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.
Kenapa?
Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.
Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).
Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.
Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.
1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)
Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.
Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Mengenai Penulis :
Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di LINK ini sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.
2 Responses
Leave a Reply
Pay Per Sale. Orang yang menyertai program Affiliate sesuatu program hanya mempunyai potensi 15-20% sahaja peluang tuk mendapat sales.
Dari 100 klik atau pelawat yang anda mampu bawa ke laman web jualan, belum tentu boleh mendapat jualan. mungkin 1 pun belum tentu lagi.
Coz matlamat program Affiliate dijalankan semata-mata untuk mendapatkan pelawat seramai yang boleh dengan kos rendah atau tanpa kos untuk boost jualan dan bagi pelawat baru mengenali nama domain laman web tersebut. Selepas itu tidak lagi pelawat datang melalui link anda.
Terlalu banyak komplikasi secara teknikal yang akan menyebabkan anda sebagai Agen Affiliate sukar mendapat jualan berbanding menjadi agen mempromosi secara offline.
Anda sebagai agen Affiliate jika tidak ada kemahiran dan trick mempromosi sukar untuk mendatangkan sebarang jualan.
Adalah tersangat sukar lagi jika anda tidak mempunyai pelawat tetap atau banyak pelawat di web anda serta mailing list yang besar.
Dapat disimpulkan, Menyertai program Affiliate juga bukan suatu perkara yang mudah untuk dapat duit secara online.
Lebih baik berblogging membawa trafik ke blog sendiri seramai mungkin daripada membawa trafik ke web orang lain dan kemudian sedikit demi sedikit mempengaruhi pelawat anda itu membeli produk anda. Keuntungan milik anda.
Setidak tidaknya sertai program affiliate yang selain menjalankan Pay Per Sale juga dijalankan dalam program tersebut Pay Per Click. Kalau ada ketiga2x program lagi bagus untuk join.
Potensi anda setidak tidaknya tidak mendapat sales, dapat hasil PPC dan PPL juga.
P/S: Cuba lihat di Malaysia ada tak IM terkenal yang menjalankan ketiga-tiga jenis program PPS,PPL dan PPC ini dalam satu program affiliate sama dalam masa yang sama yang korang join. Pasal apa ya???? Coz taknak bagi semua dapat duit r…. Tak dapat untung BESAR!
Semuanya ni adalah Teknik Pemasaran dan Promosi yang perlu dikuasai tuk terus berjaya dalam perniagaan internet.
Suatu perkongsian yg amat menarik oleh AJ yg boleh kita semua renungkan.
Tetapi sebenarnya terdapat juga Program Affiliate yang menwarkan komisyen sebanyak 50%. Ada tu ada, cuma kena rajin skit la mencarinya dan pastikan produk terebut berkualiti.