Cuti-cuti Malaysia di Melaka Bandaraya Bersejarah

Post kali ni takde kaitan dengan bisnes internet. 1st post untuk salah-satu daripada Category di blog saya ni. Saya namakannya ‘Sembang Kosong’. Untuk bahagian ini saya akan kongsikan serba-sedikit berkenaan apa aktiviti yang telah saya lakukan dalam kehidupan seharian saya. Kira lebih kepada santai la ni. Asyik-asyik nak sembang pasal IM je kan..apa salahnya kita relax sesekali :-)

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, saya decide nak berjalan-jalan di Melaka. Selama saya menjadi warganegara dan rakyat Malaysia selama 24 tahun (maksud sy sejak sy lahir lah..jangan pulak anda fikir sebelum ni saya jadi warganegara negara lain pulak dah la..hohoho) tak pernah pun pergi melawat bandar Melaka. Selama ni baca dan tengok-tengok gambar dalam buku teks Sejarah je time sekolah dulu.

Seperti yang kita tahu Melaka merupakan salah-satu tempat tumpuan pelancongan dan tempat bersejerah di negara kita.

Berikut gambar-gambar yang sempat saya ambil…(kalau tak cantik, jgn kutuk dah ler..huhu)

Kat depan Memorial Kemerdekaan

Inilah monumen paling femes kat Melaka.

Kat belakang tu ada gamba menara (tak sure lak apa ye namanye) & Eye On Malaysia..anda dah tahu kan EOM dah dipindahkan ke Melaka.

Meriam katak..betul ke?

Latar belakang Jalur Gemilang yg berkibar megah.

Lepak-lepak di Dataran Pahlawan.

Nanti, kalau saya ada pergi ke tempat-tempat yang menarik, mungkin saya boleh share kan lagi dengan anda semua kat blog ni.

‘Jom cuti-cuti Malaysia!’

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. Tj says:

    Dulu pernah la p, tu pun zaman x ada lg
    digital camera, nak snap photo mesti nak ramai2 baru balik modal cuci n print..
    la ni tak kisah semua tu

  2. joha says:

    Seronok jugak,..jengok2 blog member nie..
    lepas tension setelah buat im.. terasa nyaman mata tengok pemandangan kat belakang tu..

  3. imaioe says:

    .: wahhh~~ lama dah tak pergi semenanjung~~ blum rezeki lagi jalan-jalan kat Melaka. Panjang umur nak join nih, hehe :-)
    :.

  4. Hafiz Nasser says:

    Samala kita, CNY lepas ke Melaka jugak. tapi terperap dalam A Famosa Resort je. Tak keluar jalan pon. panas terik la masa tuh. bandar melaka jem wo.. sempat ke Mydin je. hehe

  5. Elok juga sesekali pegi jalan-jalan cuti rehat-rehatkan minda, jangan asyik fikirkan bisnes aje….hehehe.

  6. cik editor says:

    gmbr yg ada eye on mlysia tu ada menara nmpm cm tiang tu, rasanya obselik..

  7. samsul says:

    Saya pun pegi jugak kat Melaka sekitar A Famosa dan Dataran Pahlawan tu jugak cuti CNY tu dgn family…mungkin kita berselisih tapi tak kenal kan he3…

  8. Salam bro, tahun lepas saya pergi. Ada workshop kat sana. Paling saya suka masa kat Melaka, dapat naik eye on Malaysia dengan naik taming sari hehe..

  9. Faiz Shafie says:

    dulu2 pernah pergi tapi masa umur 3 tahun sempat gak naik kete lembu tu..tapi rasa nak pergi lagi la..kecik2 dulu bukan tahu apa pun,..tengok gmabar balik je..rupanya ku pernah berada di bandar bersejarah tu

  10. kasmin says:

    haaa… aq pon penah pegi jln2 kat melaka time skolah rendah dulu2 la… rasenye sekali tu je… bkn jln2 je, siap berlari2 lagi.. ngeh3…

  11. banjori says:

    Memang sayapun juga pernah sampai Malaka, makan-makan di tepi pantai,dan jalan-jalan melawat bangunan bersejarah…Khairul sorang je ke pegi?

  12. rclifford69 says:

    Salam, cantik gambar2 tu..ada jugak pegi lama dulu..tapi rasanya Melaka dah makin sibuk.

  13. shahrul says:

    melaka da g da,, tu pun skali je.. akhir tahun lepas.. serik gak.. pas ni kalay nak g lg, naik motor je.. hehe

  14. DjSenja says:

    Sy kalau balik negori mesti lalu Melaka. Tp jarang masuk bandar. Lalu kat tepi-tepi jer..hehe

  15. YusopRejab says:

    Tahun lepas saya pn ada pi jalan2 kat Melaka, Dataran Pahlawan…seronok juga tengok Menara Tamingsari…

  16. sharh says:

    tu la menara tamingsari,tinggi.kalau nak dtg melaka musim cuti ni,bawak2 la bersabar,mmg jem giler bila nak masuk kws perlancungan tu.dah naik bot susur sg melaka?dah cuba kenderaan dua alam?cuba la yer,mmg best!

  17. Habibah says:

    Pemandangan yg menyegarkan dan cuaca yg baik memberikan pose yg menarik wah, rasanya ramailah awek-awek cun nanti jadi peminat setia blog anda he..he..

  18. harlina says:

    walaupun saya ni anak Melaka tapi byk juga tempat2 menarik kat sana yg tak sempat nak pergi lg.masa sekolah dulu rasanya suma tempat kat Melaka yg saya dah jelajah.tapi sekrg tempat2 yg patut dilawati dah bertambah.membangun sungguh negeri Melaka ni….

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes