Siapa Saya

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Di dunia cyber ni saya lebih dikenali sebagai Khairul Hazwan. Lahir pada 29 Januari 1986 dan sekarang berumur 23 tahun (2009). Kini saya menetap di Penang tetapi berasal dari kota metropolitan Kuala Lumpur.

1. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolan Menengah Sains Labuan, WP Labuan.

2. Kemudian meneruskan perjalanan menimba ilmu di UiTM Shah Alam. Demi mengejar sekeping kertas yg tertulis di atasnya ‘B. Sc. (H) Chemistry’ dan juga untuk memenuhi impian kedua ibubapa ku yang tersayang.

3. Sewaktu di campus, saya banyak melibatkan di dalam aktiviti berpersatuan. Boleh dikira pelajar aktif la gak ni.  Pernah menjadi student leader dan boleh jugak saya katakan skills yang sempat saya asah ketika itu ialah event management skill. Memang ‘gila’ program saya ni dulu, cakap je la pasal program. Join program, buat program, jadi kuli batak ‘gurkha-gurkha’ program, escape dari program pun saya pernah. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang kepemimpinan ni lah saya cuba melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

4. Kini bekerja di salah sebuah syarikat Multinational Corporation (US based) di dalam industri semiconductor.

5. Salah-satu passion saya yang amat mendalam ialah membaca. Kini saya mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pula. Bidang pembacaan yang saya amat minat ialah keusahawanan, pemasaran, pengurusan kewangan peribadi, pelaburan dan Internet Marketing (Perniagaan Internet). Saya telah memulakan langkah self-learn dalam bidang-bidang ini sejak tahun 2007 lagi walaupun tidak mempunyai sebarang latar belakang pendidikan rasmi dalam bidang perniagaan.

6. Kini saya telah memilih bidang Internet Marketing (IM) untuk bergiat lebih serius. Langkah ini bermula sejak Oktober 2008. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan terus mengamalkannya.

7. Bidang pengkhususan dalam IM yang menjadi pilihan saya ialah Information Marketing melalui digital product creation & sebagai seorang Reseller produk RR, MRR & PLR.

8. Saya ingat lagi pengalaman paling manis iaitu apa lagi kalau bukan pengalaman mendapatkan RM1 yang pertama melalui internet. Semuanya bermula dengan Affiliate Marketing. Ketika itu saya mempromosikan produk SmartZul iaitu eBook Kuasa Forum. Dan yang paling best nya waktu tu saya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan affiliate tersebut. Alhamdulillah, semuanya hasil usaha saya dalam mengamalkan ilmu yang telah saya pelajari melalui pembelian ebook dan video tutorial sehingga ratusan ringgit.

9. Pernah juga diawal penglibatan saya dalam industri IM ni, saya menyediakan servis translation. Boleh tahan jugak demand untuk servis ni. Ini semua saya hanya melakukan pemasaran melalui forum Wangcyber. Kalau nak cari saya, boleh search saja nick mr.hazwan di forum tersebut.

10. Matlamat saya ialah ingin terus menyumbang kepada industri IM ini melalui penghasilan produk informasi yang lebih berkualiti tinggi di mana tujuannya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah khususnya rakyat Malaysia.

Selain laman blog ini, saya juga mempunyai laman jualan bagi pasaran berbahasa Malaysia iaitu http://orderformmudah.com

Owh ya, sebelum saya terlupa anda juga boleh cari saya di Facebook :-)

Share/Save/Bookmark

banner ad
line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes