Jom Belajar IM Dengan Komik

Saya ingin memperkenalkan kepaada anda satu lagi produk FREE..sape tak nak kan kalu free ni..mesti ramai yang suka..heh

Ooppss… Apa itu KomikNiaga?

Buat pengetahuan anda, KomikNiaga adalah satu lagi medium informasi berbentuk e-Komik (Komik Digital) yang menyalurkan maklumat mengenai perniagaan internet khas untuk rakyat Malaysia.

Elemen KomikNiaga

“Adakah KomikNiaga ini berkisar tentang perniagaan internet sahaja?”

Tidak, tidak dan tidak sama sekali.

Pengalaman kami sebagai usahawan internet sebelum ini telah mengajar kami bahawa ilmu mengenai perniagaan sahaja tidak mencukupi untuk membawa sesorang usahawan tersebut ke tahap yang lebih baik.

Kerana masih terdapat dua lagi elemen penting untuk berjaya dalam perniagaan iaitu:

  • Motivasi dan…
  • Pengurusan kewangan

Dengan kata lain, nilai-nilai ilmiah yang disalurkan menerusi KomikNiaga merupakan pelengkap bagi anda yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan serta membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, e-Komik ini juga sesuai untuk dibaca oleh semua golongan usahawan tidak kira anda ‘Otai’ mahupun ‘Newbie’.

Mengapa saya berkata demikian?

Kerana ilmu tidak pernah habis dan sentiasa perlu dikongsikan. Ditambah pula dengan cara penyampaian yang sememangnya sempoi dan santai dimana ia bakal memberikan keseronokan kepada anda untuk mendalami ilmu perniagaan.

Setelah hampir dua bulan berhempas pulas menyediakan informasi menerusi pakej yang terbaik, segala penat lelah, dan sebagainya yang telah dicurahkan oleh individu-individu hebat seperti Hasbul Aqill dan krew  lain untuk menghasilkan KomikNiaga, maka inilah masanya untuk menjemput anda merasai sendiri aura KomikNiaga – Rujukan Santai, Selamba dan Sempoi.

Ada apa dengan edisi pertama KomikNiaga?

Ehem… Ehem…

Baik, bagi kalian yang masih samar-samar lagi dengan kehadiran KomikNiaga ini, saya amat sarankan agar membaca entri pertama kami kerana pada entri tersebut saya telah menerangkan sedikit sebanyak visi dan misi KomikNiaga ini.

Edisi pertama KomikNiaga ini akan mendedahkan kepada anda asas-asas yang perlu anda tahu untuk memulakan perniagaan internet seperti:

  • 3 Tips mendapatkan motivasi memulakan perniagaan internet,
  • Bagaimana memulakan perniagaan internet dengan cara yang betul,
  • Teknik pemasaran berkesan & beretika melalui internet,
  • Langah-langkah praktikal ketika berbelanja,
  • Dan banyak lagi artikel serta sudut yang bermanfaat berkenaan dengan perniagaan internet.

Dalam edisi ini juga, kami akan sertakan sebuah temubual khas bersama Team Flarebiz yang dianggotai oleh Adly a.k.a Labanon dan Zhafran dimana mereka ini merupakan salah seorang daripada individu yang mempunyai pengalaman luas mengenai dunia perniagaan dan pemasaran internet.

Anda juga dapat mengetahui liku-liku perjalanan mereka dalam membangunkan perniagaan mereka sehingga berjaya mengumpulkan 6 orang ahli pasukan yang mempunyai kemahiran tersendiri bagi memantapkan lagi Flarebiz Network.

Apa yang menarik di sini ialah, setiap ilmu yang disalurkan adalah secara santai!

Persoalannya sekarang…

Bagaimana untuk anda muat turun secara percuma?

Mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada ruangan ‘DOWNLOAD’ pada blog KomikNiaga, kemudian isikan ruangan yang diperlukan.

Kemudian kami akan hantar pautan muat turun KomikNiaga edisi yang pertama terus ke emel anda!

Selepas itu?

Luangkanlah masa anda, sediakan secawan kopi bersama sedikit biskut dan hayatilah intipati-intipati ilmu perniagaan internet yang disediakan menerusi KomikNiaga ini.

Apa yang anda tunggu lagi? Muat turun sekarang!


Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. Oh.. Saya suka baca komik. Tambah-tambah manga Naruto.. Tapi Naruto tak ajar saya untuk berjaya dalam perniagaan internet.

    Tetiba, muncul Komik Niaga untuk semua orang dapat belajar perniagaan internet dengan lebih santai dan rileks. Memang bagus gila la ada medium macam ni untuk salurkan ilmu kepada masyarakat kita kan.

    Tahniah bro sebab menjadi antara geng Komik Niaga. Nanti, saya reviewkan di blog saya ya. Sekarang belum sempat, niat memang ada. Benda bagus wajib disebarkan :-)

    • Khairul Hazwan says:

      Wah..thanks a lot bro di atas support Komik Niaga..harap nanti pembaca blog bro pun mendapat manfaat..caya lah bro :-)

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes