Jom Beli Web Hosting

Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan internet atau yang ingin membina sendiri website mereka, adalah penting untuk mereka tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan web hosting. Jika anda menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau membina website hanya untuk suka-suka dan bertujuan untuk peribadi, web hosting yang percuma mungkin boleh menjadi pilihan anda. Servis percuma bagaimanapun, biasanya dipenuhi iklan-iklan dari penyedia perkhidmatan hosting berkenaan, bermakna anda tertakluk kepada pengiklan-pengiklan dari pihak tuan punya penyedia perkhidmatan web hosting percuma tersebut. Mereka boleh meletakkan banner iklan, pop-up dan lain-lain mengikut kesesuaian pandangan mereka. Biasanya website percuma ini kelihatan tidak terurus dan berkemungkinan akan menyebabkan pengunjung segera akan menutup browser mereka dan meninggalkan laman web tersebut. Jenis perkhidmatan web hosting seperti ini adalah percuma dan biasanya ia tidak begitu memuaskan dalam memberi first impression yang memuaskan bagi website anda di internet. Lebih-lebih lagi jika laman web anda ialah laman web jualan.

Apabila anda ingin membeli sesebuah web hosting, adalah penting untuk anda tahu keperluan dan matlamat anda terhadap website atau domain yang anda ingin bangunkan. Sebagai contoh, jika website tersebut hanyalah berbentuk peribadi, informasi, perniagaan kecil maka perkhidmatan sebuah Shared Web Hosting adalah pilihan yang terbaik. Ini akan menjimatkan belanja dan jika tujuan sesebuah website itu dibina bukan untuk mendapatkan trafik belasan ribu sehari, maka sebuah shared hosting adalah pilihan yang baik. Jenis web hosting ini juga ialah yang terbaik bagi para IM kecil-kecilan yang baru menapak ingin membina perniagaan internet mereka.

Virtual Private Server juga boleh menjadi pilihan yang baik dalam hal ini, kerana ia membenarkan
sesebuah website itu berkembang setiap masa, menjadikan ia lebih fleksibel.

Website e-commerce yang menghasilkan jualan yang banyak mungkin memerlukan sesuatu yang lebih besar seperti Dedicated Server. Bagaimanapun hosting jenis ini akan menelan belanja yang banyak, jadi adalah penting untuk mengetahui apakah matlamat sesebuah website itu dibina dan bagaimanakah ianya akan dicapai melalui fungsi website supaya dengan itu anda mampu menanggung kos dedicated server yang lebih tinggi. Website yang memiliki jumlah trafik yang tinggi biasanya memerlukan sebuah dedicated server untuk menampung bilangan paparan atau hits yang diterima, dan juga jika terdapat transaksi atau penghantaran dan pertukaran maklumat dalam jumlah yang amat besar ketika urusan jual beli produk.

Perkara paling utama yang harus anda fikrikan sejenak ialah harga bukanlah segala-galanya.  Jika sekiranya anda ingin memiliki sebuah web hosting dengan harga yang paling murah dan menjimatkan, anda perlu berhati-hati kerana harga tidak selalu mencerminkan taraf servis yang akan anda terima. Sebagai contoh, satu ‘unlimited plan’ yang berharga RM50.00 setahun, ia mungkin mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan atau mungkin lebih dari itu. Jika anda jumpa satu plan web hosting yang berharga RM150 setahun pula, ia belum tentu menawarkan semua ciri-ciri yang dikehendaki atau bantuan yang sama seperti yang ditawarkan oleh plan yang lebih murah darinya. Dengan kata lain, harga tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilaikan kualiti atau tidak sesuatu servis yang ditawarkan. Beringat, sebaik-baiknya jangan anda memilih servis hosting percuma kerana ia selalunya dipenuhi dengan iklan-iklan dan tidak menyediakan ciri-ciri yang diperlukan oleh anda sebagai webmaster kelak.

Cuba anda lakukan survey terlebih dahalu dan bertanya IM-IM yang lain mengenai syarikat penyedia web hosting manakah yang menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Itulah salah-satu kriteria yang harus anda titik beratkan sewaktu membeli akaun web hosting dan domain berbayar.

Nantikan post saya yang akan datang berkaitan web hosting ini. Saya akan berkongsi bersama anda tips-tips memilih web hosting daripada syarikat penyedia perkhidmatan web hosting berbayar.

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. adrenal says:

    Satu artikel yg menarik dan berinformasi..

    Kepada individu yg ingin memulakan perniagaan internet,seharusnya mempunyai website atau blog yg dihost sendiri..barulah nampak profesional..

    p/s : kalau boleh bro review sket beberapa penyedia hosting di Malaysia seperti serverfreak,exabytes dan dataKL..pasti dpt membantu individu yg berkira2 nak beli hosting sendiri..

    satu artikel yg cukup menarik..

  2. zyrontyez says:

    Info yang sangat menarik.
    Saya sendiri ingin mempunyai blog sendiri dan sedang mencari maklumat mengenai web hosting yang terbaik dan domain..

    • admin says:

      Teruskan niat saudara Zuhair itu. Sy lihat saudara dah ada blogspot, why not terus upgrade ke hosting berbayar.

      Kalau nk mintak rekemen dari sy, sy amat-amat mencadangkan saudara beli dari NetKL.com

      Sy sendiri menggunakan semua akaun hosting dan domain (pasaran Bahasa Malaysia) daripada syarikat tersebut.

      Servis dia mmg mantop :-)

  3. Abu Aswad says:

    Ye btul tu sedare. Sy juga menggunakan NetKL.com…

  4. mykedai.biz says:

    Satu lagi, sepakuhosting.net pun bagus…activation domain n hosting 10 minit jer…memang respek kat bro Edy…the owner hehe

    • admin says:

      Thanks di atas perkongsian ini. Mungkin rakan-rakan pembaca yg lain boleh try gak utk survey hosting ni.

  5. banjori says:

    Saya telah join beberapa jenis perniagaan yg mungkin boleh dikatakan ‘affilite’. dah join siap bayar smua, tapi tentang promosi pulak cara lama. Memang saya belum ada web hosting sendiri,apalagi..! habukpun xda..!. Kini ben sangat berterima kasih kpd Khairul kerana sanggup memberi info percuma tentang ‘web hosting’…

  6. Radzuan says:

    memang bagus servis NetKL.

    p/s : Saya pun salah seorang pelanggan NetKL. Murah tapi ada semuanya.

  7. Nurul says:

    salam..

    in4o bermanfaat..thx

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes