11 Tips Memilih Hosting Berbayar Part 2

Post ini adalah sambungan bagi artikel yang lepas iaitu berkenaan 11 Tips Memilih Hosting Berbayar.

Tips 6 : Bantuan Customer Support selepas jualan yang tip-top lagi mantop

Pastikan syarikat web hosting yang dipilih mempunyai pengalaman yang cukup dan staf bantuan yang senang untuk dihubungi apabila anda perlukan bantuan. Seharusnya anda boleh menghubungi mana-mana staf mereka yang betul-betul boleh membantu dan menjawab setiap persoalan anda apabila anda mengalami masalah. Jika tidak, anda akan terkapai-kapai tanpa bantuan jika masalah menimpa anda. Perhatikan juga jika ada cas-cas tambahan yang tersembunyi. Ada sesetengah penyedia perkhidmatan yang cuba mengenakan berbagai-bagai jenis bayaran setelah anda berdaftar dengan mereka. Ini dinamakan sebagai hidden fees.

Bagi pendapat saya, bantuan dari segi teknikal adalah sangat-sangat penting. Katakanlah anda menghadapi masalah berkaitan website anda pada pukul dua pagi, adakah mereka mempunyai seseorang yang akan membantu anda? Apakah kualiti bantuan yang disediakan? Jika anda setakat mendapat jawapan yang tidak membantu atau respon seperti, “Maaf, kami tidak dapat membantu anda dalam perkara itu” atau mereka teramat sukar untuk dihubungi, maka anda tidak mendapat servis yang  setimpal dengan apa yang anda bayar.

Macam syarikat web hosting saya sendiri, mereka mempunyai staf customer support yang bekerja 24 jam sehari..Fuh..memang mantop. Saya pernah hantar email pukul 2 pagi lebih, still mereka balas email saya. Dan selepas beberapa jam, problem saya setel..begheh bak kata orang T’ganu…huhu

Tips 7 : Pastikan bandwidth yang ’supportable’

Bandwidth juga adalah penting bagi sesebuah website yang berjaya. Bandwidth menentukan berapa ramai pengunjung atau hits yang mampu ditanggung oleh website anda. Sesetengah penyedia web hosting mengenakan bayaran jika jumlah pengunjung melebihi bandwidth yang telah ditetapkan untuk anda, jadi perhatikan juga perkara ini.

Saranan saya, untuk laman web jenis minisite bandwidth bulanan 5000 MB dan ke atas sudah memadai manakala jika anda ingin membina laman web bersifat social networking  seperti forum yang bakal mendapat trafik yang tinggi. Mungkin juga sehingga puluhan ribu MB sebulan diperlukan.

Tips 8 : Kebenaran menggunakan script

Ini untuk bagi webmaster yang mahir menggunakan script. Pastikan penyedia web hosting anda tidak mengenakan had terhadap script ataupun ia tidak mampu untuk memproses ‘scripting programming language’ tertentu. PHP dan CGI adalah antara format script yang biasa digunakan dan kebanyakan web hosting boleh memproses format-format ini. Lihat juga berapa banyak database SQL yang boleh anda guna. Database sangat berguna dalam membantu menyimpan script dan programming untuk digunakan semula nanti.

Tips 9 : Mempunyai perlindungan kukuh bagi tujuan keselamatan laman web anda

Syarikat penyedia web hosting anda seharusnya mempunyai sistem keselamatan jika berlakunya pencerobohan atau ‘unauthorized users’ yang cuba menceroboh server atau website anda. Tanyakan hal tersebut kepada penyedia web hosting itu bagaimanakah mereka akan menghadapi situasi tersebut atau apakah yang akan mereka lakukan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu.
Mendapatkan pandangan mereka tentang bagaimanakah perlindungan keselamatan yang dimiliki oleh penyedia web hosting tersebut adalah satu cara yang baik untuk mengetahui bagaimana mereka akan mengendalikan masalah keselamatan. Ia juga berguna untuk memberitahu anda tahap kemajuan sistem mereka dan apakah sebenarnya jenis perlindungan yang mereka mampu tawarkan untuk pelanggan mereka.

Tips 10 : Semak polisi pembayaran

Pastikan jika anda perlu mengikat kontrak selama setahun, membuat bayaran secara bulanan atau mengikut  penggunaan. Setiap syarikat penyedia web hosting mempunyai polisi pembayaran yang berbeza jadi pastikan perkara-perkara tersebut sebelum anda menyetujui sebarang kontrak mereka. Elakkan diri anda dari mengalami masalah jika berlaku sesuatu di luar dugaan anda kelak. Juga pastikan anda benar-benar mendapat manfaat dari wang yang anda laburkan dalam memilih web hosting.

Harga adalah penting, tetapi kualiti servis dan kelebihan sesuatu web hosting itu lebih penting dan mesti diambil kira. Perhatikan juga faktor-faktor lain seperti bayaran penalti yang akan dikenakan jika anda membatalkan akaun anda, cas pemuliharaan tersembunyi dan apa akan jadi pada website anda jika anda tidak lagi menggunakan perkhidmatan penyedia web hosting itu. Pastikan website anda dan maklumat yang terkandung di dalamnya tetap menjadi hak milik anda, tidak kiralah perkhidmatan web hosting mana yang anda guna.

Tips 11 : Email profesional

Sebuah website yang profesional memiliki alamat emel yang ideal dengan domain mereka (contoh nya admin@domain.com kelihatan lebih profesional berbanding admin@hotmail.com atau sales@gmail.com). Perhatikan juga berapakah jumlah emel domain yang dibenarkan. Semak jika ada bayaran yang akan dikenakan untuk setiap alamat emel atau anda boleh menambah jumlah alamat emel tanpa had.

Begitulah serba-sedikit perkongsian saya mengenai tips membeli hosting. Semoga ianya menjadi panduan berguna buat anda dalam membeli salah-satu aset online yang paling berharga anda iaitu web hosting dan domain.

Share/Save/Bookmark

banner ad
  1. poji says:

    bagus tu… satu panduan yang amat berguna. bg yang menjalankan bisnes tu lg baik memilih hosting yg terbaik,,,. bg yg nak panduan free tgk sini..
    http://www.panduanhosting.net/malware/

  2. rozmiens says:

    Terima kasih atas panduan yang diberi. sebagai orang baru memang saya perlukan maklumat yang sebegini..melalui maklumat dan cadangan syarikat web hosting yang diberi, saya pun dah membeli hosting mengikut tip-tip yang diberi. Sekarang ni nak survey untuk autoresponder lak…boleh maklumkan autoresponder yang mana sesuai untuk newbie seperti saya ni?

    • admin says:

      Sudah tentunya kalau tanya saya Aweber the best, customer support mantop-tip-top. Pastu siap ada training lagi, boleh join diorang punya Webinar free..byk strategi-strategi berkesan yg sy belajar dari pihak Aweber sendiri.

      Tp nak guna Aweber ni kena ada credit card. So apply lah credit card dulu ye :-)

      • izuan says:

        betul tu, saya setuju. aweber is the best. sy pn masih gunakan aweber. tp 1 je yg wat runsing. bila da ramai sbscriber aweber akan tambah charge.. sakit.. so rase2 sy akan bertukar ke trafficwave.. fee die maintain. tp tak tau sehebat mana. bro ada komen?

  3. salam…

    rasanya di negara kita juga terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan hosting seperti netkl,sempoihosting dan namsahaz.saya dah cuba ketiga-tiga perkhidmatan mereka..semuanya baik serta tips pemilihan yang saudara nyatakan ada pada mereka.bagi memudahkan pengurusan,pemilihan hosting tempatan amat berbaloi sebab mudah untuk berhubung dengan mereka sekiranya berlaku masalah.betul tak saudara admin..?

    saya sokong penggunaan aweber kerana serivs nya tip top..puas hati..

    • Khairul Hazwan says:

      Betul apa yg diperkatakan oleh saudara Khamis tu. Kalau syarikat tempatan dan market kita pun tempatan adalah lebih baik gunakan syarikat hosting tempatan.

  4. Salam,
    saya bersetuju sangat dengan saudara mohamad khamis dan tuan admin. saya sendiri dah cuba servis netkl.com. hari ni saya ada masalah dgn nameserver, saya po n emel kepada netkl team. tak sampai setengah jam, netkl team terus reply dan setel kan masalah saya. memang mudah berurusan dengan webhosting yang establish kat malaysia.

    • admin says:

      Apa yg sy nampak, kita boleh ‘tiru’ atau jadikan NetKL sebagai role model kita dalam berurusan dengan para pelanggan kita. Pastikan kita memberi servis after sales yang tip-top & mantop mcm NetKL :-)

      • Betul kata tuan admin, sy sokong 100%. Jangan biarkan customer kita terkontang-kanting untuk mencuba produk yang kita promosikan. Lead them until success huhu..

  5. kelisaemas says:

    bagus info ni. boleh khairul rekemen web hosting yang baik. saya tengah mencari-cari ni. tq

    • Khairul Hazwan says:

      Kalau sy memang prefer NekKL.com

      Memang sejak dari dulu lagi sy guna dgn mereka. So far, mmg memuaskan. 110% satisfaction :-)

line
Powered by Wordpress | Designed by Elegant Themes