
Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat salah-satu daripada pelaburan anda yang terbesar dalam memulakan dan membina perniagaan internet anda iaitu membeli domain dan akaun hosting sendiri, terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil kira.
Berikut saya kongsikan bersama anda 11 tips yang boleh anda ikuti sebelum anda membeli akauan hosting persendirian anda :-
Tips 1 : Pastikan tempoh ‘downtime’ yang minima
Tidak kira apa yang anda pilih untuk sebuah penyedia web hosting, jumlah ‘downtime vs. uptime’ adalah perkara yang paling penting sekali perlu diambil kira. Secara asasnya, anda perlu memilih perkhidmatan web hosting yang menyediakan ‘uptime’ yang maksimum. Ini bermakna website anda sentiasa tersedia untuk paparan pengunjung bila-bila masa mereka mahu berkunjung ke website anda.
Ada seketika syarikat penyedia web hosting anda perlu menjalankan aktiviti baik-pulih atau penyelenggaraan. Dalam tempoh tersebut mereka akan tutup buat seketika perkhdimatan hosting anda. Inilah yang dinamakan waktu ‘downtime’
Selain itu ada kalanya juga pihak server syarikat hosting anda akan menghadapi masalah server down. Pastikan syarikat anda pada ketika itu sentiasa berhubung dan memberi update terkini kepada anda.
Satu lagi tips berkaitan perkara ini ialah, jika terdapat mana-mana syarikat penyedia hosting yang menjanjikan 100% ‘uptime’, AWAS! Mungkin juga mereka memberi hanya janji-janji manis. Perkara ini (100% uptime) agak mustahil untuk berlaku. Seperti yang saya sebutkan tadi, ada kalanya hosting provider anda akan mengalami juga tempoh ‘downtime’ ini.
Tips 2 : Jumlah ruangan penyimpanan (disk space storage) yang mencukupi
Website biasa memerlukan ruang sebanyak 200MB-300MB dan ini biasanya cukup untuk menampung format asas seperti sebuah ministe. Tetapi jika untuk laman blog, mungkin anda memerlukan ruangan penyimapanan yang lebih. Macam saya sendiri, laman blog saya ni, saya membeli pakej yang mempunyai ‘disk space’ sebanyak 1500MB. Bagaimanapun, jika anda perlukan lebih bandwidth dan ruang web, anda mungkin perlukan lebih ruang hosting. Foto dan video klip biasanya memerlukan ruang yang lebih besar, begitu juga dengan ‘interactive features’.
Tips 3 : Jumlah Add-on Domain / sub domain yang memenuhi kehendak anda
Satu lagi faktor penting semasa memilih web hosting ialah berapakah jumlah domain dibenarkan untuk anda miliki. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual panduan resepi masakan, maka domain pilihan anda yang boleh anda pilih adalah masakanmelayu.com dan resepimelayu.com, pertama sekali anda perlu memastikan penyedia hosting membenarkan anda memiliki lebih dari satu nama domain. Dengan memilikki lebih daripada satu nama domain ini, ia secara tidak langsung akan menambahkan bilangan visitors yang bakal melawat ke laman web anda.
Tips 4 : Boleh menggunakan perisian FTP
FTP atau ‘file transfer protocol’, adalah satu faktor lain yang perlu diambil kira apabila memilih web hosting. Fungsi FTP ialah memindahkan fail-fail dan maklumat melalui Internet dan membenarkan data tersebut dihantar kepada atau daripada server. Terdapat banyak versi software FTP server di Internet dan setiap satunya mempunyai kelebihan-kelebihan yang berbeza. Pastikan plan web hosting yang anda pilih akan berfungsi dengan software FTP yang anda guna.
Tips 5 : Mempunyai panel pengawalan cPanel atau Direct Admin
Sebagai seorang webmaster, adalah sangat penting untuk anda memiliki kawalan sepenuhnya ke atas pengoperasian website anda. cPanel atau Direct Admin merupakan dua panel pengawal yang biasa digunakan oleh pihak penyedia hosting namun Cpanel merupakan pilihan terbaik dan mesra pengguna berbanding Direct Admin. Kedua-dua program ini membenarkan pereka website untuk masuk dan melakukan perubahan dengan cepat dan mudah, pada masa yang sama dapat berhubung secara efektif dengan server web hosting yang anda pilih.
Pastikan syarikat penyedia hosting anda ada menyediakan panel pengawalan seperti ini.
Ikuti sambungan 6 lagi tips bagi pemilihan akaun web hosting berbayar di post saya yang seterusnya. KLIK sini.
47 Responses
Leave a Reply
Tips-tips yang sangat-sangat berguna Terima kasih.
Semoga ianya bermanfaat dan boleh dijadikan panduan utk tuan…nantikan sambungannya ya
Salam sejantera,
Informasi saudara amat memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan. Terutamanya bagi yang masih ‘baru’ di bidang ini. Saya menunggu informasi terbaru untuk dikongsikan.. Tq
amat berguna..terima kasih..yang u bleh suggest kan aper?? mmg saya sedang nak pilih hosting n domain sendiri ni..tq
Untuk syarikat penyedia hosting, sy amat-amat menyarankan NetKL.com, sebab sy sendiri menggunakan khidmat mereka, dan servis mereka mmg tip-top
U try yang ini kalau u nak laaa… ini pun murah dan berbaloi gak..
http://www.ecommercemastery.com/my/aff.php?aff=394
Baguih nie…boleh jadi satu report lain kalau nak…
Terima kasih berkongsi info berguna untuk sy dan rakan newbie yang lain.
hurm..
thanxs for the info..
satu panduan yang berguna dan bermanafaat
Salam bro,
Sangat berguna tips ni.
Lagi2 kepada sesiapa yang nak cari hosting.
Thanks bro
Artikel yang patut di baca oleh semua..:)
Betul kata Tuan Zamrin tu
Moga-moga yg lain dapat mengaplikasikannya dan mendapat manfaat.
saya da baca bro,
patut sangat dimiliki oleh semua newbie
tk
tips yg bermanfaat
Tips2 yg sgt berguna dan akn dijadikan panduan. TK.
salam wbt..
maksud boleh memiliki lebih dari 1 nama domain tu adakah namadomain1.com dan namadomain2.com ataupun namadomain1.com/____? apa yang admin maksudkan nama domain lebih dari 1?
Waalaikumsalam wbt, Maksud boleh memilikki lebih dari satu domain ialah namadomain1.com dan namadomain2.com & juga namadomain1.com/____. Ia dinamakan Add-on Domain. Jika ketiga-tiga domain berbeza itu kita beli, jika ada mana-mana pelayar internet menaip mana-mana domain tersebut, dia akan di bawa ke laman web kita yang sama. Bermakna dengan satu akaun hosting, kita boleh daftarkan dengan lebih daripada 1 nama domain. Untuk maklumat lanjut, saudara Khamis boleh refer di http://www.theinternetdigest.net/articles/add-on-domains.html berkenaan Add-On Domain
useful!
ada cadangan dimana webhosting yg terbaik?
http://www.netkl.com So far mmg puas hati. 110% satisfaction…
info yg menarik..aku pn skg tgh nk beli hosting nie..TQ
Info yang amat berguna. Terima kasih di atas perkongsian anda.
Sy sudah mempunyai domain yg berbayar… So sy perlukan tip2 seterusnye…hehe
Tips seterusnya sudah tentulah melakukan promosi dgn berkesan dan secara aktif..hehe
bagus dan menarik info yg diberikan dgn gaya penyampaian yg agak rilex
tq hazwan
Salam,
Tips yang begitu menarik. Pasti berguna bagi mereka yang ingin mencari hosting.
Sampai sekarang saya pening nak pilih hosting….
Bro pening sebab apa?
Memang bagus. Patut dimiliki oleh semua webmaster yang mahu kejayaan dalam bidang internet bisnes.
Satu tips yang amat berguna bagi semua orang yang nak guna hosting sendiri. A++++++
kamu pakai hosting ape?
Sy pakai NetKL.com
Salam.
thx 4 the info tip!!
Thanks, tips yang sangat berguna so at least i tau apa itu downtime & uptime selalu yg tau server down and bandwith penuh huhuhu…. nti update ehhh tips seterusnya.
Many thanks.
Sure..no problem…nantikan ye..huh
Bagus sekali.Bermanfaat terutama bagi orang-orang baru macam saya..
Satu perkongsian bijak.Maklumat yang sangat berguna untuk semua…tungguuuuu..seterusnya kisah kedua tu.TQ
Betul..betul…tungguuuuu sambungannya
artikel yg bagus.. syabas!
Assalamualaikum bro, thanks untuk info-info ini. Mantop! Lagi satu, sesiapa yang ingin membina blog sendiri perlu cari hosting server yang boleh support php dan mysql untuk database. Ini penting kerana aturcara wordpress dibina menggunakan php. Lazimnya sekarang ramai webmaster memilih hosting berasaskan server linux kerana uptimenya lebih pantas berbanding server windows…
Waalaikumsalam bro,thanks di atas perkongsian yg berinformatif dan bermanfaat ni…bagus utk rakan-rakan pembaca yang lain.
Saya mengunakan NetKL.com. Perkhidmatan memang tip-top. Response time memang cepat jika kita ada masaalah. Untuk newbie bolehlah subscribe NetKL.com
selain daripada NetKL.com, ada ke perkhidmatan hosting lain yang boleh dipercaya..dan mengikut 5 tip yang dinyatakan???
Mungkin Rozmiens boleh try survey sempoihosting.com atau datakl.com
Salam. Penerangan yang padat dan berinformasi. setakat ni saya tgk sempoihosting paling murah. datakl dan jomhosting pun bleh tahan
Bagus maklumat nie. Penting kpd mereka yang masih tak tahu kriteris pemilihan hosting
maklumat yang berguna kpd mereka yang tak tahu kriteria pemilihan yang terbaik