Matlamat utama dalam bisnes ialah untuk mempromosikan dan seterusnya menjual sesuatu barang atau perkhidmatan. Sebelum membuat pembelian, bakal pelanggan bagi sesuatu produk itu akan melalui tiga fasa pembelian. Anda wajib mengetahui tentang fasa pembelian pelanggan supaya anda tahu apa tindakan yang perlu diambil bagi setiap fasa.
Penyelidikan
Ini merupakan fasa pertama di mana bakal pelanggan menyelidiki dan mencari info lebih lanjut tentang sesuatu topik, contohnya menghilangkan jerawat di muka. Dalam fasa ini, mereka belum ada kesedaran tentang produk yang ingin dibeli untuk menyelesaikan masalah jerawat.
Biasanya dalam fasa ini, bakal pelanggan akan mencari sebanyak mungkin maklumat samada melalui Google, Facebook, majalah, rakan-rakan, dan lain lain.
Dalam fasa ini, tindakan terbaik anda sebagai peniaga ialah mengumpul email list dan memujuk mereka untuk follow saluran media sosial anda seperti Facebook, Twitter, dan Google +.
Anda tidak akan dapat jualan dalam fasa ini. Cara terbaik ialah terus-menerus mengongsikan konten, dan ini akan meningkatkan peluang mereka kembali ke blog anda pada masa akan datang.
Keputusan
Dalam fasa kedua, ada pelanggan yang sudah membuat keputusan tentang apa produk yang hendak dibeli. Namun, majoriti bakal pelanggan melalui fasa membuat keputusan di mana mereka menyenaraikan semua bakal produk menghilangkan jerawat yang ingin dibeli tapi memerlukan masa untuk membuat pilihan.
Keputusan mereka mudah dipengaruhi oleh review produk, testimoni, dan pendapat orang lain. Biasanya bakal pelanggan akan mencari review dan testimoni produk melalui blog dan media sosial.
Fasa ini merupakan masa terbaik peniaga untuk membuat review produk dengan membuat perbandingan dengan produk lain di pasaran. Nyatakan kelebihan produk anda. Dalam fasa ini, kebarangkalian membeli sangat tinggi.
Pembelian
Fasa ini merupakan fasa yang paling penting dan menguntungkan kepada peniaga kerana tanpa pembelian tiada komisen yang akan dibayar.
Dalam fasa ini, pelanggan telah membuat keputusan ingin membeli Produk Anti Jerawat XYZ. Mereka telah membuat penyelidikan dan keputusan dan sudah bersedia untuk membuat pembelian.
Dalam fasa ini, tugas peniaga ialah membantu pelanggan dalam proses membuat pembelian. Jika anda menggunakan buyer keywords dalam konten, contohnya review produk, anda hanya perlu tunjukkan kepada pelanggan di mana mereka boleh dapatkan produk tersebut (contoh melalui link affiliate anda).
Ketiga-tiga fasa ini sangat penting untuk difahami oleh peniaga. Dengan kefahaman dalam setiap fasa pembelian, peniaga boleh menggunakan taktik bersesuaian dan seterusnya dapat meningkatkan hasil jualan.
Peniaga harus menggunakan tools dan amalan pemasaran yang berkesan untuk menghasilkan jualan. Itulah sebabnya peniaga perlu mempunyai blog dan konten yang berkualiti untuk menarik bakal pelanggan dan memberi mereka info yang diperlukan. Ini akan membantu mereka melengkapkan kitaran dalam kesemua fasa penyelidikan, keputusan dan pembelian.

Berminat Belajar Buat Bisnes Online?
Dapatkan siri video PERCUMA belajar bisnes online dan juga tips pemasaran internet yang saya kongsikan setiap minggu…
Jumpa anda di sana!
Leave a Reply