Blog ialah satu platform pemasaran yang sangat berkesan jika dibina dan diurus dengan cara yang betul. Kebanyakan peniaga lebih suka menggunakan media sosial seperti facebook, instagram, dan pinterest untuk membuat promosi produk secara online.
Penggunaan media sosial mudah dan simple dan merupakan teknik pemasaran yang berkesan.
Ramai juga yang menggunakan blog sebagai kaedah pemasaran melalui internet tetapi masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bilangan yang menggunakan media sosial.
Pada pendapat saya, blog ialah aset paling berharga dalam bisnes online. Blog jika digabungkan dengan kaedah pemasaran media sosial, adalah lebih efektif.
Berikut merupakan 7 sebab mengapa setiap bisnes harus mempunyai blog. Selamat membaca.
Membantu Perniagaan Untuk Bersaing
Tidak kira apa jenis bisnes yang anda buat, blog boleh membantu anda untuk tampil lebih unik berbanding pemilik perniagaan lain yang menjalankan jenis bisnes yang sama.
Contohnya, jika anda menjual penapis air, melalui blog anda dapat mengongsikan pengalaman dan kepakaran anda dengan lebih efektif berbanding cara pemasaran tradisional.
Blog boleh memberikan bisnes anda peluang untuk memperlihatkan keistimewaan dari segi personaliti dan cara penyampaian informasi berbanding pesaing anda.
Bakal pelanggan juga akan lebih mengenali anda secara personal dan ini dapat mewujudkan keyakinan dan kepercayaan terhadap produk dan perkhidmatan anda.
Ini seterusnya akan memberi anda kelebihan untuk bersaing, walaupun dengan nama atau syarikat yang lebih besar.
Dunia internet memberi peluang kepada pemilik bisnes kecil-kecilan untuk bersaing walaupun tanpa modal yang besar, yang penting ialah bijak menggunakan apa juga jenis platform online yang ada untuk tujuan pemasaran, contohnya blog.
Alat Komunikasi Dua Hala Dengan Pelanggan
Blog mewujudkan peluang interaksi dua hala dengan audiens. Ini akan dapat membantu bisnes anda membina hubungan dengan pelanggan dan seterusnya meningkatkan kesedaran audiens tentang bisnes dan jenama anda.
Melalui blog, anda dapat menyampaikan konten dan informasi secara santai. Pelanggan boleh berinteraksi dengan anda melalui ruangan komen dan ini memberi peluang kepada mereka menyuarakan pendapat tentang perkhidmatan atau produk anda.
Interaksi sebegini akan membantu anda mendapatkan maklum balas pelanggan dan ini boleh membantu anda memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan dalam jangka masa panjang.
Anda harus ingat, tanpa pelanggan siapalah kita. Hubungan yang baik dengan pelanggan ialah kunci kejayaan perniagaan anda.
Meningkatkan Kepakaran Anda
Mempunyai blog bermaksud anda harus sentiasa berkongsi informasi dan pengetahuan berkaitan produk dan perkhidmatan anda kepada audiens. Ini akan memberi anda dorongan dan sebab untuk sentiasa belajar dan menguasai ilmu serta kemahiran yang berkaitan.
Ini akan melatih minda anda untuk berfikir secara lebih kritis. Menulis di dalam blog akan mengasah pemikiran anda supaya lebih tajam dan berkembang selaras dengan ilmu dan kemahiran baru yang anda kuasai. Kemahiran dan kepakaran akan sangat membantu di dalam mengembangkan bisnes anda.
Berkongsi maklumat dengan menulis di dalam blog juga akan meningkatkan kemahiran anda menjual. Anda tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan prospek dan Ini seterusnya akan membantu anda mendapatkan lebih banyak sales.
Sebagai Sumber Konten Media Sosial/Pemasaran Digital
Artikel di dalam blog anda boleh dijadikan sebagai satu sumber konten untuk pemasaran media sosial. Mungkin anda kekurangan idea untuk mempromosikan bisnes melalui Facebook, Twitter, Pinterest, Instagram atau Youtube.
Ini ialah satu lagi kelebihan blogging. Anda boleh menggunakan blog post (artikel) sebagai bahan untuk pemasaran menggunakan media sosial.
Satu artikel di dalam blog anda boleh digunakan secara berperingkat. Bermaksud satu artikel dari blog boleh menjadi sumber idea untuk 3-5 post dalam media sosial.
Konten blog dan media sosial ialah gabungan pemasaran yang sangat efektif. Jika anda mempunyai blog dan menggunakan konten yang ada untuk tujuan promosi melalui media sosial, ianya mampu memberi capaian dan hasil yang lebih baik.
Kaedah Pemasaran Yang Berkesan
Blog ialah satu kaedah pemasaran yang sangat berkesan dengan kos yang minimum. Sebagai permulaan, anda hanya perlu beli domain name dan web hosting (kos tidak lebih dari RM500!) dan boleh mula menulis konten untuk bakal pengunjung blog anda.
Berbanding iklan berbayar (paid ads) seperi Facebook Ads, Adwords, iklan melalui radio, televisyen atau suratkhabar, dalam jangka masa panjang, blog ialah cara yang lebih berkesan dan murah untuk usaha pemasaran anda.
Apa yang penting, anda belajar cara setup blog yang betul dan konsisten menghasilkan konten. Ianya bukanlah sukar. Anda hanya perlu cari ilmu dan belajar dari kelas atau coach yang berpengalaman.
Meningkatkan Jualan
Jika anda konsisten menghasilkan konten, semakin hari semakin ramai pengunjung yang akan melawat blog anda. Apa yang penting, anda mestilah menghasilkan konten berkualiti yang boleh membantu pengunjung website anda menyelesaikan masalah.
Contohnya anda berpengalaman dalam bidang hartanah. Jika anda menulis konten berkualiti tentang urusan jual beli rumah, besar kemungkinan pembaca blog akan menghubungi dan mendapatkan khidmat kepakaran anda.
Ini disebabkan konten anda berjaya meyakinkan pembaca dan meletakkan diri anda sebagai pakar yang boleh dipercayai dalam bidang jual beli hartanah.
Ilmu blogging jika digabungkan dengan pengetahuan dalam bidang anda, sudah pasti dapat menarik lebih ramai klien dan seterusnya meningkatkan jualan.
Membina Jenama
Produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan mungkin masih baru dan belum ramai yang mengetahui tentangnya. Orang ramai akan teragak-agak membeli produk yang tidak dikenali ramai, walaupun sebenarnya produk tersebut bekualiti.
Blog boleh membantu anda menyebarkan maklumat dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan dan kebaikan produk yang anda promosikan.
Biasanya sebelum membeli barang atau menggunakan sesuatu perkhidmatan, orang ramai akan mencari sebanyak mungkin maklumat sebelum membuat keputusan samada ingin membeli atau tidak.
Dengan menggunakan blog, anda boleh menulis artikel yang dapat meyakinkan pembaca. Contohnya, jika ada testimoni pengguna di dalam blog anda, pembaca akan lebih tertarik dan yakin untuk membeli.
Menjadikan syarikat/bisnes Anda Lebih Baik
Blog boleh membantu anda mengurangkan kos pengiklanan dan dapat menarik bakal pelanggan yang berkualiti (targeted audience). Ini akan memberi anda modal untuk menguji idea dan menghasilkan produk baru.
Melalui blog, anda akan dapat maklum balas secara langsung dari pelanggan. Ini membantu memajukan bisnes anda.
Rumusan
Semenjak kewujudan internet, semua peniaga menggunakan kaedah pemasaran secara online kerana ianya cepat, mudah dan mempunyai capaian yang luas.
Ramai yang menggunakan hanya teknik pemasaran menggunakan media sosial dalam perniagaan mereka. Tetapi masih ramai yang tidak tahu tentang blog dan keberkesananya dalam pemasaran online.
Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak memberi ilmu tentang kepentingan blogging dalam perniagaan.
Tidak kira apa sekalipun jenis bisnes yang anda buat, blog ialah sesuatu yang sangat relevan jika anda mahu bersaing dan mencapai lebih ramai pelanggan di luar sana.

Berminat Belajar Buat Bisnes Online?
Dapatkan siri video PERCUMA belajar bisnes online dan juga tips pemasaran internet yang saya kongsikan setiap minggu…
Jumpa anda di sana!
Leave a Reply