Di sini saya kongsikan 7 cara bagaimana menghasilkan konten yang terbaik untuk blog anda…
Menghasilkan konten samada artikel, video dan audio yang mampu menarik audiens untuk membaca, menonton atau mendengar bukanlah sesuatu yang mudah.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 7 cara menghasilkan konten yang dapat menarik minat pelawat blog anda untuk terus membaca sehingga habis.
Hasilkan Konten Yang Mampu Mendapatkan Kepercayaan Dari Audiens.
Kesetiaan pelanggan terhasil dari kepercayaan mereka terhadap syarikat tersebut. Orang ramai boleh menghidu kalau ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat itu, terutamanya yang berkaitan dengan amalan tidak jujur.
Itulah sebabnya sesebuah syarikat itu perlu ada komunikasi berkesan dengan cara menghasilkan dan mengongsikan konten yang boleh membina kredibiliti sebagai jenama yang diyakini pelanggan.
Sentiasa memberi nilai tambah
Konten yang anda kongsikan di dalam blog anda perlu mempunyai tujuan yang betul. Sesebuah konten harus memberi nilai tambah kepada pembaca.
Jika konten yang anda kongsikan itu hanya bertujuan untuk mendapatkan traffik dan memuaskan Google, tujuannya sudah menyimpang. Melalui konten, pembaca haruslah disajikan dengan maklumat dan ilmu berguna yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.
Pastikan konten mudah dibaca dan senang difahami
Selain dari penggunaan ayat yang betul, konten berbentuk artikel mestilah mudah dibaca dan senang difahami. Untuk mengurangkan kesilapan, gunakan ayat ringkas tetapi tepat.
Elakkan penggunaan perkataan yang susah untuk difahami dan bersifat terlalu teknikal. Tulis artikel anda dalam bentuk poin atau mengikut urutan nombor. Gunakan imej untuk menarik perhatian pembaca.
Kongsikan/promosi kepada orang ramai
Kongsikan konten anda dengan menggunakan media sosial dan email marketing. Ambil peluang dengan menyebarkan konten anda menggunakan media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, LinkedIn dan banyak lagi.
Anda boleh juga upload konten dalam bentuk video ke Youtube untuk mendapat lebih banyak trafik. Hantar konten terbaru blog kepada list email anda untuk mengekalkan hubungan dan memastikan mereka terus berada di dalam list anda.
Jangan terlalu fokus pada promosi dan jualan
Bagi mengekalkan hubungan baik dan kepercayaan pelanggan, elakkan promosi secara keterlaluan. Jika anda ingin mempromosikan sesuatu produk sekali pun, gunakan pendekatan sederhana dan tidak memaksa pelanggan.
Pelbagaikan konten. Ada konten yang hanya bertujuan mengajar dan membantu pembaca, dan bukan menjual.
Mulakan dengan cerita tentang pengalaman peribadi
Untuk membina hubungan dan menarik pembaca menjadi pelanggan, gunakan pendekatan menggunakan pengalaman peribadi anda.
Kaitkan pengalaman anda sendiri, gunakan unsur cerita supaya pelanggan tidak bosan dan ingin terus mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang anda ingin sampaikan.
Mereka ingin belajar dan memperbaiki diri sendiri, dan cara terbaik ialah dengan mendengar atau membaca tentang pengalaman orang lain.
Berfikir seperti kanak-kanak
Kadangkala, sebagai seorang yang sudah dewasa pemikiran anda dihadkan oleh pengalaman sedia ada. Ini menyukarkan anda menghasilkan idea yang menarik dan kreatif untuk dijadikan bahan menghasilkan konten.
Kanak-kanak boleh berfikir dengan lebih bebas kerana tidak terikat kepada kebiasan dan peraturan. Ini menjadikan minda anak kecil sentiasa penuh dengan imaginasi dan sangat kreatif. Untuk mendapatkan idea kreatif, tidak salah untuk kembali ke zaman kanak-kanak buat seketika.
Semoga perkongsian di dalam artikel ini memberi anda idea tentang bagaimana menghasilkan konten yang baik dan mampu memberi kesan yang diinginkan kepada pembaca.
Sebarang pertanyaan dan pendapat sila tulis dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca.

Berminat Belajar Buat Bisnes Online?
Dapatkan siri video PERCUMA belajar bisnes online dan juga tips pemasaran internet yang saya kongsikan setiap minggu…
Jumpa anda di sana!
Leave a Reply