Selain daripada platform untuk berkongsi pengetahuan dan alat pemasaran untuk syarikat, anda dan juga individu yang berminat boleh menjana pendapatan dengan menggunakan blog.
Ianya tidak akan berlaku dengan mudah dan dalam sekelip mata, tetapi boleh dibuat jika anda ada ilmu yang betul. Berikut saya kongsikan lapan cara menjana pendapatan dengan menggunakan blog.
Google Adsense
Cara paling mudah dan pasif untuk menghasilkan duit melalui blog. Walau bagaimanapun, blog anda perlu mendapat jumlah pelawat yang tinggi setiap bulan.
Melalui cara ini, anda perlu paparkan Iklan Google di dalam blog, dan apabila ada pelawat yang klik iklan tersebut, anda akan dapat peratus bayaran dari kos iklan tersebut.
Agak mudah untuk set up Adsense, kerana anda hanya perlu copy dan paste kod yang diberikan oleh Google di mana-mana bahagian yang anda mahu pada blog anda.
Program Affiliate Amazon
Amazon Affiliate merupakan program affiliate yang diperkenalkan oleh syarikat online terkemuka, Amazon.com. Syarikat ini merupakan kedai online terbesar sekali di dunia pada masa sekarang.
Dengan kaedah ini, anda perlu mendaftar dan memohon menjadi affiliate terlebih dahulu. Setelah permohonan anda diluluskan, anda boleh mula mempromosikan ribuan barangan yang disenaraikan oleh Amazon.
Caranya, anda dapatkan link affiliate bagi barang anda ingin promosikan. Apabila ada pelawat yang membeli melalui link anda, maka anda akan dibayar komisen.
Program Affiliate Clickbank
Dalam program affiliate Clickbank, seorang affiliate akan mendapat bayaran dengan cara mempromosikan barangan info produk berbentuk digital.
Amazon lebih kepada menjual barangan berbentuk fizikal, dan menawarkan komisen yang jauh lebih rendah berbanding Clickbank.
Biasanya Clickbank menawarkan komisen serendah 10%-50% malahan ada yang lebih daripada itu. Jika anda berjaya menjual produk berharga $300, dengan komisen 50% anda akan menerima bayaran sebanyak $150!
Menjual Ebook dan Info Produk
Hasilkan ebook yang berkaitan dengan niche blog anda dan jual kepada pelawat atau peminat anda.
Jika anda mempunyai blog dalam niche berkebun anda boleh hasilkan satu ebook spesifik berkaitan perkebunan, Contohnya “Buat Duit Dari Pertanian Fertigasi” dan menjualnya.
Pastikan info yang ditulis merupakan sesuatu yang baharu dan bukannya dicedok 100% dari konten lama dalam blog anda.
Personal Coaching
Menghasilkan konten dan info berguna di dalam niche anda secara konsisten akan menjadikan anda seorang yang berpengetahuan dan menjadi bahan rujukan.
Dengan kepakaran ini, anda boleh menjalankan coaching peribadi untuk klien yang ingin belajar dari anda.
Dalam jangka masa panjang, anda boleh menggunakan pengalaman anda dalam personal coaching dan beralih kepada seminar atau kelas-kelas dalam saiz yang lebih besar.
Menjual Iklan
Ini merupakan kaedah pasif kerana anda hanya perlu meletakkan iklan di dalam blog anda dan mendapat bayaran.
Untuk mendapat pendapatan dari cara ini, anda perlu menghasilkan konten berfokuskan keyword tertentu untuk menarik pelawat dari enjin pencari contohnya Google dan Yahoo.
Setelah konten anda itu berjaya menarik pelawat yang ramai setiap bulan, anda kemudian jual ruang iklan kepada peniaga yang ingin menjual produk yang berkaitan.
Contoh, jika konten anda befokuskan kepada keyword “Cara Putihkan Muka”, maka anda boleh jual ruang iklan kepada ratusan syarikat kecantikan di luar sana.
Dropshipping
Anda boleh jual barang melalui blog, contohnya produk fizikal seperti pakaian, beg, kasut, barangan kosmetik dan lain-lain.
Melalui kaedah dropshipping anda tidak perlu pening kepala memikirkan pembuatan, penyetoran dan penghantaran produk.
Dalam bisnes dropshipping, anda sebagai penjual mempromosikan produk dari syarikat dan apabila ada pembeli, anda hanya perlu submit pembelian tersebut pada syarikat dan mereka akan mengirimkannya kepada pembeli.
Menjual Software dan Apps
Jangan risau, walaupun anda tiada kemahiran dalam “coding” dan tidak mampu mengupah developer, anda boleh mencipta software dan apps sendiri.
Dunia semakin canggih dan kini ada banyak tools di internet yang boleh menjadikan impian anda satu realiti.
Di negara Barat, ramai orang biasa tanpa kemahiran coding berjaya menghasilkan apps sendiri yang memberi mereka pendapatan ribuan dollar sebulan.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan memberi gambaran tentang bagaimana anda boleh menghasilkan duit melalui blog.

Berminat Belajar Buat Bisnes Online?
Dapatkan siri video PERCUMA belajar bisnes online dan juga tips pemasaran internet yang saya kongsikan setiap minggu…
Jumpa anda di sana!
Leave a Reply