Ramai pemilik blog yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging tetapi blog mereka jarang dikunjungi oleh pengguna internet. Ada blog yang baru dilancarkan selama beberapa bulan tetapi sudah mulai menerima banyak pelawat.
Jangan biarkan blog anda terus terpinggir. Dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan 5 teknik yang boleh digunakan untuk menaikkan ranking blog anda di Google dan seterusnya meningkatkan jumlah trafik.
Tulis konten yang relevan dan membantu pembaca
Menurut para blogger berpengalaman, lebih panjang artikel yang anda tulis, lebih mudah untuk konten anda itu mendapat ranking yang tinggi dalam enjin pencari.
Namun untuk menarik perhatian pembaca, konten yang dihasilkan itu haruslah lebih mesra pembaca di mana ianya relevan dan tidak terlalu panjang.
Konten yang sederhana dari segi jumlah patah perkataannya tetapi relevan dan membantu menyelesaikan masalah pembaca, adalah jauh lebih baik berbanding konten yang panjang tetapi kurang relevan kepada pembaca.
Sentiasa kemaskini konten anda
Pastikan anda sentiasa mengemaskini konten anda supaya ianya tidak ketinggalan zaman. Enjin pencari seperti Google boleh mengenalpasti blog yang terabai dan tidak mempunyai konten yang baru.
Sentiasa hasilkan konten baru supaya blog anda kekal relevan dan mendapat tempat di “hati” Google. Sekurang-kurangnya anda perlu publish satu artikel setiap minggu untuk memastikan blog anda mendapat ranking yang baik dan menarik lebih ramai pelawat.
Guna Long Tail Keyword
Keyword merupakan perkataan atau frasa yang ditaip ke dalam enjin pencari oleh pengguna internet. Sebagai pemilik blog pula, anda menggunakan keyword untuk menghasilkan sesuatu konten supaya ianya relevan dengan apa yang dicari oleh pengguna internet.
Ramai penulis blog menggunakan singular keyword kerana ianya mendapat carian yang banyak. Walau bagaimanapun, singular keyword mempunyai saingan yang sangat banyak dan anda terpaksa bersaing dengan jenama atau syarikat besar.
Dengan menggunakan long tail keyword, saingan anda kurang berbanding singular keyword. Selain itu, ianaya juga lebih relevan dengan apa yang dicari oleh pengguna di internet.
Contohnya singular keyword “baju kurung” kurang jelas. Tapi keyword “baju kurung untuk wanita mengandung” lebih jelas dan relevan terhadap apa yang dikehendaki oleh pengguna internet.
Penggunaan Keyword
Amalan terbaik untuk mendapat ranking terbaik Google sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Cara lama ialah dengan meletakkan sebanyak mungkin keyword di dalam konten blog anda.
Perkembangan terbaru, Google akan menghukum blog anda jika menggunakan keyword secara keterlaluan. Penggunaan keyword haruslah secara berhemah.
Mencipta dan Menggunakan “Links”
Terdapat dua jenis links yang anda harus ketahui. Pertama internal links dan kedua backlinks.
- Internal Links
Sentiasa link atau hubungkan pages dan post mengikut kesesuaian (jika relevan) di dalam blog. Google sangat menyukai blog yang mempunyai link kepada konten sendiri. Cara terbaik ialah link atau hubungkan artikel berkaitan di dalam blog anda.
- Backlinks
Backlinks ialah apabila ada blog lain yang link kepada blog anda. Bagaimana anda mendapatkan backlinks ke blog anda? Caranya ialah dengan menghasilkan konten yang relevan dan berkualiti. Jika konten anda berkualiti, maka lebih mudah bagi anda untuk mendapat backlinks dari blog lain.
Kesemua teknik yang dibincangkan ini sangat membantu dalam meningkatkan ranking blog anda. Bagi pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, anda mungkin tidak memahami beberapa istilah dan konsep yang dibincangkan dalam artikel ini.
Jangan risau, saya akan menerangkannya dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.

Berminat Belajar Buat Bisnes Online?
Dapatkan siri video PERCUMA belajar bisnes online dan juga tips pemasaran internet yang saya kongsikan setiap minggu…
Jumpa anda di sana!
Leave a Reply