Tentang

Hai selamat datang ke halaman ini!

Website ini merupakan satu platform untuk kami berkongsi ilmu internet marketing yang dipelajari semenjak berjinak-jinak dengan industri ini sejak beberapa tahun yang lepas.

Pada masa kini, Internet merupakan satu platform yang semakin penting di dalam dunia perniagaan. Bukan hanya perniagaan besar, bisnes kecil-kecilan pun menggunakan internet untuk mempromosikan produk mereka. Di Malaysia, kebanyakan pemilik perniagaan membuat promosi menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Selain itu, ramai juga yang menggunakan blog atau website untuk tujuan pemasaran atau promosi perniagaan mereka. Di Malaysia, website atau blog sebagai platform pemasaran masih agak kurang menarik perhatian para peniaga online. Mereka lebih suka menggunakan media sosial dan juga email marketing kerana ianya lebih mudah dan cepat.

Namun dalam jangka masa panjang, website atau blog adalah pilihan yang terbaik jika anda berminat untuk menjalankan bisnes internet. Website merupakan aset online yang mampu memberi pendapatan secara pasif dan berterusan jika anda tahu bagaimana membinanya dengan cara yang betul.

Fokus kami melalui PerniagaanDigital.Com adalah membantu sesiapa sahaja yang berminat membina bisnes internet dengan menggunakan platform website/blog. Diharapkan perkongsian kami di dalam website ini sedikit sebanyak membantu memberi idea bagaimana untuk membina bisnes secara online yang menguntungkan.

Terima kasih kerana melawat laman web ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila beri komen pada artikel kami atau email ke Admin@PerniagaanDigital.com.

Raynold & Ron John
Founders PerniagaanDigital.Com